UM Mohon Maaf Jemput Profesor Pro-Israel, Kesal Dengan Kenyataan Kontroversi Yang Dikeluarkannya

Universiti Malaya (UM) hari ini, 25 April memohon maaf dan menzahirkan rasa kesal dengan kenyataan berbaur pro-zionis yang dikeluarkan oleh ahli akademik dari Amerika Syarikat, Prof Bruce Gilley semasa hadir sebagai penceramah jemputan ke program mereka.

Sehubungan itu pihak universiti telah mengambil tindakan serta-merta membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah jemputan warga asing tersebut.

UM dalam satu kenyataan berkata, laporan lengkap berhubung isu tersebut sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat.

“UM turut memandang serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak. Demi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, UM juga sedang menambah baik prosedur dan garis panduan yang lebih ketat terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama termasuklah kajian penilaian risiko profil media sosial.”

Kecam kenyataan Gilley berhubung isu keselamatan pengembara

Dalam pada itu, pihak UM turut mengecam kenyataan terbaharu yang dikeluarkan profesor berkenaan mengenai aspek keselamatannya ketika mengembara ke Malaysia.

“Ini merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab dan melampau yang mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia. “

Pusat Komunikasi Korporat UM

Kenyataan tersebut dikeluarkan Gilley menerusi satu ciapan di laman X.

UM dokong pendirian kerajaan tentang Israel

Pihak UM juga menegaskan akan terus mendokong pendirian Kerajaan yang menentang sebarang unsur berkait dengan Israel dan menyokong penuh usaha mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka yang sah.

Terdahulu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengarahkan agar kesemua program dan aktiviti yang dijadual dihadiri oleh Gilley dibatalkan dengan segera.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir juga telah meminta UM agar menyiasat perkara itu dan mengemukakan laporan segera.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

18 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

19 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

19 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

19 hours ago