Ini Cara Mudah Semak Baki Touch ‘N Go Secara Online! Yang Guna Mykad Pun Boleh

Penggunaan kad Touch ‘n Go sememangnya memudahkan urusan harian kita.

Ada yang mengunakan kad fizikal Touch n Go dari pengeluarnya sendiri, ada yang menggunakan kad 3rd party seperti kad Watson, malah ada juga yang lebih selesa hanya menggunakan kad MyKad memandangkan ia turut mempunyai fungsi Touch N Go.

Sering menjadi pilihan orang ramai untuk membayar parkir dan ticket LRT, penggunaan kad pintar tanpa sentuh ini juga semakin meluas apabila kerajaan memansuhkan pembayaran secara tunai di semua tol di lebuh raya beberapa tahun lalu.

Ia juga boleh digunakan bersama SmartTAG, sejenis peranti dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus di plaza tol.

Namun memandangkan ia adalah sejenis kad pintar ala-ala ‘kad prepaid’, anda sebagai pengguna perlu memastikan yang ianya mencukupi sebelum melakukan apa-apa transaksi.

Persoalannya macam mana nak semak baki nilai yang ada di dalam kad Touch ‘n Go itu sendiri? tidak kiralah kad fizikal biasa mahupun ciri Touch n Go pada MyKad.

Jom kami kongsikan caranya!

#1 Muat turun (jika belum dimuat turun) serta buka aplikasi TNG. Tekan more

#2 Pada ruangan search, taip TNG Card

#3 Klik pada ‘TNG Card’ yang muncul di bawah

#4 Klik Pada Add New Card

#5 Dapatkan no 10 digit kad anda

#5(a) Untuk kad Touch N Go Biasa

Untuk kad Touch ‘n Go biasa termasuk Kad Watson masukkan nombor 10 digit yang terdapat pada belakang kad.

#5(b) Untuk MyKad

Untuk mereka yang menggunakan ciri Touch N Go pada Mykad, semak Serial No atau MFG No yang terdapat pada resit semasa anda melakukan Reload pada kad tersebut. Rujuk foto di bawah :

#6 Bagi nama untuk kad tersebut & tekan submit. Selesai!

Anda kini boleh muka semak baki secara online

Dengan ini anda bukan sahaja boleh menyemak baki malah boleh menyemak penggunaan kad Touch N Go Anda.  Lepas ni tak perlu susah hati berapa baki nilai yang ada di dalam kad anda.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

14 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

14 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

16 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

17 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

18 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

18 hours ago