Hanya Kerana Tonton Filem Korea Selatan, Pelajar Di Korea Utara Dipenjara 14 Tahun

Kami yakin anda semua sudah cukup tahu Korea Utara begitu dikenali sebagai negara yang mengamalkan dasar tertutup.

Pelbagai syarat dan larangan ketat yang dikuatkuasakan terhadap rakyatnya sebagai usaha kerajaan mereka mengawal anasir luar dari memasuki negara komunis tersebut.

Sebarang perlanggaran baik oleh rakyat mahupun oleh pasukan keselamatan akan menyebabkan mereka dihukum oleh pemerintah sebagai contoh kes di mana seorang rakyatnya dihukum tembak mati oleh pasukan penembak selepas tertangkap menyeludup masuk dan menjual drama thriller, Squid Game.

Malah insiden tersebut menyebabkan pelajar yang membeli salinan dihukum hukuman penjara seumur hidup, manakala 6 rakannya yang menonton dikenakan hukuman melakukan kerja buruh kasar selama lima tahun.

Baca artikel berkaitan : Lelaki Di Korea Utara Dijatuhi Hukuman Mati Selepas Kantoi Seludup & Jual Salinan Squid Game

Terbaharu, satu kejadian serupa berlaku apabila seorang pelajar berusia 14 tahun di sana dijatuhi hukuman penjara 14 tahun serta perlu melakukan kerja berat apabila dia ditangkap menonton sebuah filem Korea Selatan berjudul The Man From Nowhere, (Korean: 아저씨; RR: Ajeossi) (English: Mister) 

Filem The Man From Nowhere atau turut dikenali sebagai Mister.

Menerusi laporan Daily NK, dia yang hanya dikenali sebagai Han ditahan pada 7 November lalu sewaktu menonton filem arahan Kim Hyoung-jin itu.

Lebih mengejutkan apabila sumber mendedahkan, pelajar yang berasal dari Sekolah Rendah dan Menengah Hyesan City itu berjaya dikesan tidak sampai lima minit menontonnya.

“Dia ditahan dalam masa lima minit selepas menonton filem itu dan dijatuhi hukuman melakukan kerja berat selama 14 tahun,” kata sumber.

Namun tidak dapat dipastikan bagaimana aktivitinya boleh dihidu pihak berkuasa.

Orang ramai bimbang nasib keluarganya

Ekoran dari penahanan tersebut, orang ramai mula menyuarakan kebimbangan mengenai nasib keluarga pelajar berkenaan khususnya kepada ibu bapa yang mungkin akan berdepan hukuman dengan dihantar ke kem tahanan politik.

Ini kerana mereka termaktub di bawah undang-undang ‘sistem perhubungan’ yang wujud di sana.

Difahamkan, bagi kesalahan jenayah budaya ekoran dari ‘salah didik’ mereka yang terlibat atau berkait rapat pihak berkaitan boleh dikenakan denda sebanyak 200,000 won Korea Utara (RM933).

Sebagai rekod, Korea Utara melarang keras sebarang kemasukan dan penyebaran bahan budaya dari Korea Selatan dan negara barat khususnya Amerika Syarikat.

Ia termasuklah filem, drama, muzik atau barangan bertulis seperti buku ke negara itu. Tindakan melanggar arahan ini akan menyebabkan pesalah dihukum mati.

Bagi mereka yang ditangkap menonton, membaca atau mendengar risalah dari Korea Selatan pula akan berdepan hukuman penjara antara 5 hingga 15 tahun.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

16 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

1 hour ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

6 hours ago