Permohonan Sudah Dibuka! Ini Cara Memohon Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Kami yakin ramai yang pasti menanti 1 April 2022 untuk memohon Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10k yang diumumkan kerajaan tempoh hari.

Berita baiknya, ia sudah pun dibuka kepada ahli KWSP yang layak sekitar 11 malam 31 Mac 2022.

Secara ringkasnya, ia boleh dimohon melalui :

1. Portal pengeluaran khas iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my
2. Juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun

Jadi bagi memudahkan anda, di bawah kami kongsikan langkah-langkah memohon pengeluaran khas tersebut.

#1 Layari laman pengeluaran khas

1.a Layari laman pengeluaran khas KWSP di sini atau copy paste url di bawah ke browser anda : pengeluarankhas.kwsp.gov.my

1.b Tekan butang ‘Mohon sekarang’.

1.c Tekan pada Permohonan.


#2 Masukkan nama dan no. telefon anda

Masukkan nama penuh anda seperti yang tertera di dalam MyKad diikuti no telefon.

Pastikan semua info tepat dan tekan butang teruskan jika bersedia.

#3 Masukkan no OTP

Nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon anda menerusi SMS. Sebaik terima, terus masukkan nombor tersebut ke ruangan yang disediakan.

#4 Pilih Amaun pilihan pengeluaran & sahkan

Pilih amaun kelayakan pengeluaran.

5(a) Jika anda ingin mengeluarkan RM10,000 pilih butang ‘Memohon RM10,000’, dan jika anda ingin mengeluarkan amaun lain, pilih butang ‘Lain-lain amaun’ diikuti butang ‘Teruskan’.

5(b) Jika anda memilih lain-lain amaun, masukkan jumlah amaun yang ingin anda keluarkan diikuti butang teruskan.

5(c) Semak dan sahkan amaun yang ingin anda keluarkan.

Semak dan sahkan amaun yang ingin anda keluarkan. Jika semuanya betul tekan butan Ya. Jika ada pembetulan tekan butang tidak.

#6 Kemaskini butiran anda sekiranya perlu

Di tab maklumat pemohon, tatal ke bawah. Kemaskini maklumat dan butiran anda sekiranya perlu. Ini termasuk alamat e-mel, alamat surat menyurat terkini, nama dan nombor akaun bank.

Selain itu anda perlu menjawab dua soalan yang dikemukakan KWSP. Sebaik selesai tekan butang ‘Teruskan’.

#7 Semak segala butiran dan buat pengesahan

Semak segala butiran pemohon yang telah anda masukkan termasuk maklumat bayaran iaitu jumlah amaun, nama bank dan no akaun bank. Sekiranya semua adalah betul, tekan pada kotak pengesahan dan kotak captcha ‘Saya bukan robot’ diikuti butang ‘Hantar’.

#8 Selesai! Cetak atau Simpan atau rekod permohonan

Selesai! Anda boleh memilih untuk mencetak atau menyimpan rekod permohonan anda. Sekiranya diluluskan, bayaran akan dibuat mulai 20 April 2022.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

7 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

8 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

8 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

8 hours ago