Pendirian Syed Saddiq Konsisten Gesa Kebenaran Ganja Dalam Perubatan

Semalam kecoh di media sosial apabila seorang penyanyi nasyid iaitu Muhammad Yasin Sulaiman telah menitipkan salam kepada YB Syed Saddiq serta meminta segerakan kelulusan penggunaan kanabis untuk perubatan di parlimen.

Susulan insiden itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah tampil memberi respon menerusi hantarannya di Facebook.

Memetik laporan Utusan, beliau menjelaskan pendiriannya konsisten sejak menjadi menteri bagi menggesa pihak kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan mengikut fakta, data, serta sains yang boleh dijadikan sumber untuk rawatan alternatif.

“Sejak menjadi menteri pada 2018 hingga 2020, saya konsisten dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan atau medical canabis.

“Malah, Kementerian Kesihatan di bawah bekas menteri, Dr. Dzulkefly Ahmad pun ada keluarkan beberapa kenyataan tentang kesediaan mereka untuk membuka ruang kajian perubatan kanabis di Malaysia. Ia juga disambut dan diteruskan di bawah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekarang.

“Keputusan dan gesaan ini di buat kerana kita ikut fakta, data dan sains. Bukan buat sebab ‘trend’ atau cakap-cakap orang. Ia boleh dijadikan sumber rawatan alternatif untuk banyak pesakit.

“Saya juga pernah berbahas dalam Dewan Rakyat tentang potensi perubatan kanabis jika ia dibenarkan di Malaysia,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Lebih 40 buah negara benarkan penggunaan kanabis untuk perubatan

Menurutnya juga, lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan di mana nilai pasaran industri ini mencecah hingga RM60 billion.

“Saya sendiri ambil tanggungjawab dalam memperkenalkan industri ini di negara kita. Ini bukan satu tugas yang mudah tetapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan ada perkembangan yang baik nanti,” katanya lagi.

Mendoakan agar Yasin Sulaiman dapat pembelaan yang terbaik di mahkamah

Syed Saddiq bagaimanapun menerusi hantaran di Instagram turut mendoakan agar Yasin Sulaiman mendapat pembelaan yang terbaik di mahkamah serta enggan mengulas berkenaan kes tersebut kerana tidak mahu menggangu perjalanan kes.

Baca artikel berkaitan:

Kredit gambar: Instagram Syed Saddiq

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

20 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

20 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

20 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

22 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

23 hours ago