Kesihatan mental kini tidak lagi dipandang sebagai satu perkara yang enteng. Malah masyarakat pada hari ini juga lebih bersifat terbuka dan mengambil berat mengenai kesihatan mental.
Ini kerana, sebagai seorang manusia kita tidak lari daripada terbeban dengan masalah serta runsing memikirkan jalan penyelesaiannya.
Khususnya apabila masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi dengan betul seseorang itu mungkin boleh berhadapan dengan tekanan perasaan, ketakutan, rasa tak tentu arah serta banyak lagi.
Malah ada juga yang tidak tahu tindakan apa yang perlu diambil kerana tidak boleh berfikir secara rasional. Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter, @fakhrifadzli telah berkongsi cara bagaimana dia meluahkan setiap perkara yang ada dalam fikiran dengan melakukan ‘Brain Dumping Jurnal’.
Munurut Fakhri, cara ini sudah digunakan olehnya sejak enam bulan yang lalu dan tabiat tersebut telah banyak membantunya seperti:
Katanya setiap malam atau setiap pagi dia akan meluangkan sedikit masa untuk membuat ‘brain dumping’.
Ia adalah dengan meluahkan segala perkara yang berlegar dalam pemikiran seperti soal kerja, hal rumah, perasaan, perancangan serta banyak lagi. Luahan ini akan dibuat sehingga anda merasakan tiada apa lagi yang tinggal dalam pemikiran pada ketika itu.
Selepas menulis semua perkara tersebut, anda perlu membacanya semula senarai yang telah dibuat dan susun mengikut beberapa kategori sebagai contoh:
Setelah anda mengklasifikasikan senarai tersebut, tandakan perkara yang manakah yang perlu diselesaikan dengan segera, mana yang tidak serta mana yang berada diluar kawalan.
Oleh itu, barulah anda boleh fokus untuk membuat tindakan. Jika anda menulisnya pada waktu malam anda boleh membuat persediaan ketika bangun pada keesokan harinya untuk menyelasaikan masalah tersebut.
Brain dumping ini juga boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan kerana ia tidak spesifik baik pada waktu pagi atau malam. Terutama jika anda rasa seperti tidak tentu arah dan tak tahu nak mula dari mana.
Masa yang diperlukan untuk membuat brain dumping ini sebenarnya tidaklah begitu lama, ia hanya memerlukan 10 hingga 15 minit sahaja.
Selain itu, anda juga boleh menambah beberapa elemen di dalam brain dumping sebagai contoh perkara yang anda syukuri atau perkara yang anda pelajari.
Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu anda untuk melihat semula perjalanan kehidupan anda.
Malah dari situ juga anda dapat melihat perbezaan setiap masalah yang dihadapi itu perlu penting atau kita yang berfikir secara berlebihan terhadap sesuatu perkara.
Ini kerana kadangkala perasaan dan emosi yang tidak menentu sering kali membawa kita untuk berfikir tentang sesuatu perkara terlalu serius, walhal ia hanyalah satu isu yang kecil dan boleh diselesaikan dengan mudah.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…