9 Petua Yang Berkesan Untuk Hilangkan Batuk & Sakit Tekak

Keadaan cuaca dan suhu yang tidak menentu di Malaysia menjadi salah satu punca batuk dan sakit tekak bagi kalangan rakyat Malaysia.

Secara ringkasnya, gejala batuk merupakan tindakbalas semula jadi bagi menyingkirkan bendasing dan kuman yang mampu menjadi punca radang paru-paru (pneumonia) selain jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Manakala gejala sakit tekak yang merangkumi perasaan kesakitan, kekeringan ataupun kegatalan pada tekak pula biasanya berlaku akibat jangkitan, alahan, lebih teruk teruk lagi akibat barah.

Namun tahukah anda, terdapat 9 petua hanya dengan menggunakan sumber alam yang bagus untuk menghilangkan gejala tersebut.

Di bawah kami kongsikan semua tips tersebut:

#1 Minum air serbuk halia

Foto: Freepik

Apabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. Shogaol adalah dua kali lebih pedas berbanding gingerol. Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.

#2 Makan nanas

Foto: Pexels

Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini dapat membantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.

#3 Minum madu asli

Foto: Pexels

Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.

#4 Makan yoghurt

Foto: Pexels

Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak terkandung dalam yoghurt.

#5 Minum air limau nipis bersama madu

Foto: Pexels

Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.

#6 Hidu bawang merah

Foto: Pexels

Kaedah ini merupakan antara yang termudah untuk dilakukan kerana bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.

#7 Minum air kunyit

Foto: Pexels

Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.

#8 Minum air kayu manis

Foto: Pexels

Selain bawang merah, kayu manis juga merupakan salah satu herba yang senang didapati di dabur rumah. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis

#9 Kumur dengan air garam

Foto: Pexels

Garam mampu membunuh segala bakteria yang berada di tekak yang menjadi punca kepada batuk dan sakit tekak. Caranya adalah dengan larutkan sesudu dua garam dalam secawan air suam dan kumur.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago