Tidur yang lena adalah sangat penting kepada setiap orang terutama pada kanak-kanak yang sedang membesar.
Namun mereka yang berdepan masalah eczema berikutan keadaan kulit yang sangat gatal mungkin sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak pada waktu malam.
Jika ianya berlaku kepada si kecil, ia secara tidak langsung turut menyukarkan para ibu bapa untuk mendapatkan tidur yang lena.
Baru-baru ini, seorang pakar kulit yang dikenali sebagai Dr Lyana Kamal telah berkongsi beberapa tips yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam membantu anak yang mengidap eczema untuk mendapatkan tidur yang lena.
Jom kami kongsikan, ia mungkin dapat membantu anda sebagai ibu bapa untuk mengatasi masalah ini dengan si kecil.
Mandi dapat memberikan keselesaan kepada si kecil, namun ia tidak perlu sebelum tidur. Cukup dengan mandi selepas mereka berpeluh kerana aktiviti harian seperti bermain dan sebagainya.
Ini kerana, tidur dalam keadaan yang tidak bersih kerana peluh akan menyebabkan eczema si comel menjadi lebih teruk.
Sebelum mereka tidur, anda juga boleh sapukan pelembap ke seluruh badan iaitu termasuklah di kawasan yang tiada eczema.
Ini kerana, kajian menunjukkan pesakit eczema mempunyai kulit yang lebih kering berbanding mereka yang tiada mempunyai masalah tersebut.
Menggunakan mitten atau sarung tangan sebelum tidur dapat mengawal anak daripada menggaru di kawasan yang gatal ketika mereka sedang tidur.
Oleh itu, ia secara tidak langsung dapat membantu agar kulit tidak menjadi luka disebabkan oleh kuku.
Namun, adalah lebih baik sekiranya mitten yang digunakan itu sejenis cotton agar ia tidak luka apabila terkena pada kulit, paling penting pastikan juga ia tidak mudah terlucut semasa sedang tidur.
Oleh kerana si kecil mempunyai masalah eczema ibu bapa dinasihatkan agar tidak membiarkan kuku mereka panjang.
Ini kerana, luka pada kulit boleh menyebabkan jangkitan kuman dan akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.
Antara perkara yang akan menyebabkan eczema adalah debu. Malah ramai ibu bapa yang mungkin terlupa bahawa debu juga banyak terlekat kepada soft toys si kecil sebagai contoh patung dan banyak lagi.
Cara untuk memastikan debu tersebut berkurangan adalah dengan membasuhnya selalu.
Tidak kiralah mahu menggunakan kipas mahupun penghawa dingin yang penting ia boleh mencapai suhu yang nyaman buat si manja untuk tidur dengan lena.
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan penghawa dingin pastikan suhunya tidak terlalu sejuk dan jika berkemampuan boleh memasang pelembap udara (air humidifier) agar persekitaran menjadi lembap dan tidak terlalu kering.
Anda juga boleh menggunakan wetwrap therapy. Ia adalah teknik di mana anda akan membalut badan, tangan, kaki kanak-kanak dengan tubifast atau cotton bagi mengekalkan kelembapan kulit si kecil.
Ramai pesakit yang merasakan teknik ini berkesan dan dapat membantu pesakit eczema.
Untuk meredakan keadaan kulit, anda perlu memastikan agar setiap rawatan yang disarankan oleh doktor pada waktu siang hari juga dipakai.
Rawatan eczema memerlukan komitmen sepanjang hari, bukan hanya ketika mahu tidur sahaja.
Anda juga boleh menggunakan ubat gatal yang mengantuk (oral sedating antihistamine) seperti piriton. Namun ia tidak akan menghilangkan gatal secara 100% tetapi dapat membantu si kecil untuk tidur.
Pastikan juga anda mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum bertindak untuk menggunakannya.
Harap tips yang diberikan ini dapat membantu ibu bapa diluar sana dalam merawat masalah eczema anak mereka dan sekali gus dapatlah si kecil tidur dengan lebih lena tanpa menggaru lagi.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…