Setiap manusia pasti mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia dan berjaya dalam setiap perkara yang ingin dilakukan.
Untuk bermimpi dan memasang angan-angan bukanlah suatu perkara yang sukar. Namun untuk menjadikannya satu kenyataan, anda mungkin perlu melalui pelbagai cabaran sehinggalah berjaya.
Namun jika anda mendapatkan panduan dan nasihat yang betul ia mungkin dapat membantu anda untuk mencapai matlamat agar berjaya dalam hidup.
Perkara ini turut dikongsikan oleh pakar motivasi terkenal iaitu Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah yang menyenaraikan tujuh nasihat yang boleh diikuti oleh orang ramai jika mahu berjaya dalam hidup.
Sebagai manusia kita tak lari dari melakukan kesilapan dan sudah tentu dari kesilapan kita belajar tentang erti sesebuah kehidupan.
Namun masa silam tak akan pernah boleh berubah maka kita perlu terima dengan hati yang terbuka tetapi jangan sampai menghukum diri sendiri.
Setiap manusia yang diciptakan mempunyai perbezaan yang tersendiri dan jalan hidup juga berbeza.boleh
Oleh itu, kita tidak layak untuk membandingkan diri dengan orang lain. Cukuplah dengan membandingkan dengan diri anda yang semalam sahaja.
Jika semalam kurang baik, mungkin pada hari ini anda berjanji untuk melakukannya dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh.
Adakalanya kita sering menerima pandangan dari orang sekeliling, namun sebelum melakukan sebarang keputusan cubalah untuk analisa terlebih dahulu.
Pandangan bukanlah satu realiti. Ia belum lagi menjadi fakta maka apa sahaja yang orang katakan anda tidak boleh terima secara bulat-bulat dan memerlukan bukti serta saksi.
Adakalanya anda mungkin kecewa dengan sesuatu perkara hingga membuatkan anda tersekat di satu peringkat dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Apa yang boleh dikatakan tidak mengapa jika anda mahu bergerak ke hadapan (move on) dan gantikan perkara itu dengan suatu usaha baru yang lebih bersungguh-sungguh.
Biar yang mengalir itu adalah air peluh kudrat yang berusaha dan bukan lagi air matamu.
“Experience is the best teacher!” Perumpamaan ini sering digunakan untuk mengingatkan kita bahawa sebagai manusia kita belajar dari pengalaman yang lalu.
Oleh itu, jika anda gagal jangan mudah melatah kerana ia perlu berlaku untuk mengajar.
Pernahkah anda berada di dalam suatu situasi apabila anda merenung semula perkara yang lampau dan secara tiba-tiba mendapat jawapan dari perkara yang selama ini sukar dihuraikan atau dijawab.
Yang menariknya segala persoalan dan jawapan mengenai kegagalan tersebut hanya disedari selepas anda memilih untuk melupakannya (move on).
Biarkan masa untuk memberikan jawapan terhadap segala kekeliruan dan penantian anda. Apa yang penting adalah bersabar.
Melakukan sesuatu kebaikan adalah suatu perkara yang percuma dan ianya tidak perlu dibayar. Maka lakukan hal yang baik-baik dengan menjadi insan yang paling bermanfaat di atas dunia.
Ha mudah sahaja bukan nasihat yang diberikan jika anda mahu berjaya dalam hidup? Harap perkara ini dapat membantu menjadikan anda seorang hamba yang berguna kepada negara, masyarakat dan juga agama.
Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…