Doktor Kongsi 4 Kelebihan Jika Buat Rawatan Scaling Gigi

Dalam menjaga kecantikan mahupun penampilan diri, gigi merupakan salah satu aset yang paling penting.

Mana tidaknya apabila bercakap, senyum atau makan pasti secara tidak langsung kita akan mempamerkan gigi kepada orang lain.

Namun gigi yang cantik sahaja tidak cukup jika anda tidak mengamalkan penjagaan yang betul seperti yang disarankan oleh doktor pergigian.

Tahukah anda bahawa kita juga turut dinasihatkan untuk membuat rawatan gigi sebanyak dua kali setahun? Antara rawatan gigi yang sering dilakukan orang ramai adalah scaling gigi atau cuci gigi.

Scaling gigi proses bersihkan gigi guna alatan ultrasonik

Proses mencuci gigi ini adalah bertujuan untuk membersihkan gigi daripada sebarang kotoran dengan menggunakan alatan ultrasonik yang akan menghasilkan getaran untuk menghancurkan karang gigi di dalam mulut anda.

Foto: Pexels

Hmm mungkin kedengaran sedikit ngilu tetapi jangan bimbang rawatan ini ada manfaatnya kepada anda seperti yang dikongsikan oleh seorang doktor gigi iaitu Dr Irma Shida dalam Twitter miliknya.

Menurut Dr Irma, rawatan scaling bukan sekadar membuang karang sahaja sebaliknya terdapat empat kebaikan tambahan jika kita sentiasa melakukan rawatan tersebut.

#1 Dapat membersihkan partikel makanan

Foto: Freepik

Rawatan scaling ini dapat membantu anda untuk membersihkan kotoran degil yang sukar untuk ditanggalkan dengan hanya menggunakan berus gigi. Ia secara tidak langsung dapat membantu mengawal pertumbuhan karang pada gigi anda

#2 Membersihkan karang gigi

Umum mengetahui rawatan cuci gigi adalah untuk membantu mengikis dari sebarang kotoran dan juga karang gigi. Jangan bimbang rawatan ini tidak sakit tetapi mungkin sedikit ngilu.

Tapi apa yang penting gigi sihat dan mulut pun tak berbau dek karang gigi yang menebal 😉.

#3 Menghindari penyakit gusi

Foto: Freepik

Karang yang terdapat pada gigi sebenarnya berisiko untuk seseorang itu mempunyai penyakit gusi seperti berdarah dan bengkak.

Oleh itu, dengan rawatan scaling ia dapat membantu anda untuk menghindari gusi dari sebarang masalah tersebut.

#4 Mengelak perubahan warna gigi

Foto: Freepik

Rawatan scaling adalah tidak sama dengan rawatan pemutihan gigi. Rawatan cuci gigi tidak akan membuatkan gigi anda menjadi putih bersinar seperti yang dilihat dalam iklan di televisyen.

Tetapi rawatan ini dapat membantu menjaga gigi anda dari berdepan sebarang perubahan warna.

Mana tidaknya adakala pemakanan yang diambil juga boleh membuat perubahan warna pada gigi contohnya kopi.

Apabila anda tidak membuat rawatan scaling pada setiap enam bulan, gigi bukan sahaja mudah rosak malah warna juga menjadi kuning dari masa ke semasa.

Jika gigi kuning anda pun hilang keyakinan untuk menonjolkan diri terutama untuk bercakap, senyum dan sebagainya.

Oleh itu, kami nasihatkan untuk anda dapatkan rawatan gigi sebanyak dua kali dalam setahun.

Jangan biarkan diri dibelengu dengan karang gigi yang menebal bimbang nanti ia membawa masalah lain pada kesihatan oral anda ❤️.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

8 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

9 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

13 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

13 hours ago