Ini Cara Dapatkan Lesen Memandu & Roadtax Digital Anda Di Aplikasi MyJPJ

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini (10 Februari) mengumumkan pemilik kenderaan persendirian di Malaysia tidak lagi diwajibkan untuk mempamerkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau nama lainnya cukai jalan (roadtax) berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Anthony, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi sebaliknnya menggunakan mod paparan digital.

Inisiatif ini yang akan dilaksanakan secara berperingkat dimulakan dengan kenderaan persendirian milik individu warganegara termasuklah motosikal sebelum diikuti kenderaan-kenderaan lain.

Selain itu pengguna jalan raya juga sudah tidak perlu membawa lesen memandu (LMM) fizikal seperti yang diamalkan sebelum ini sebaliknya mereka hanya perlu menunjukkannya secara digital jika perlu.

Baca artikel berkaitan :

https://www.buzzkini.com/trending/2023/02/10/kenderaan-persendirian-tidak-perlu-pamer-roadtax-bermula-hari-ini-10-februari/

JPJ Bakal Lancarkan Aplikasi Untuk Lesen Memandu Digital, Dah Tak Perlu Bawa Kad Fizikal

Jelas beliau, orang ramai boleh mendapatkan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) ini melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis.

Bagi memudahkan anda di bawah kami kongsikan cara dan langkah-langkah untuk mendapatkan lesen memandu dan cukai jalan (road tax) digital anda menerusi aplikasi MyJPJ.

#1 Muat turun aplikasi MYJPJ

Muat turun aplikasi MyJPJ yang sah. Untuk pengguna Android muat turun di sini, dan pengguna iPhone di sini.

#2 Log Masuk atau Daftar MyJPJ

Selepas memuat turun, buka aplikasi tersebut. Buat mereka yang sudah mempunyai akaun JPJeID/ MySikap, anda boleh terus memasukkan ID pengguna iaitu no MyKad anda diikuti kata laluan untuk log masuk.

Jika gagal log masuk kerana masalah kata laluan, tekan Terlupa Kata Laluan dan masukkan No MyKad anda dan e-mel yang digunakan untuk pendaftaran. Anda akan diberikan kata laluan sementara sebelum boleh menggantikannya dengan yang baharu.

Namun buat mereka yang tidak mempunyai ID MySikap tersebut, anda perlu mendaftar akaun baharu.

Caranya klik pada Daftar Akaun Baharu (warna hijau) dan masukkan No MyKad Anda dan teruskan proses mendaftar sehingga selesai.

#3 Tekan Tab Profile

Sebaik selesai log masuk, anda akan dibawa ke laman utama. Tekan ‘Profil’ pada ruangan tab di sebelah bawah kanan.

#4 Pilih Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan Motor

Pilih Lesen Memandu untuk paparan LMM Digital (e-LMM) dan pilih Lesen Kenderaan Motor untuk melihat paparan LKM (road tax) digital anda.

Paparan lesen memandu digital
Paparan cukai jalan digital

Mod paparan penuh

Anda juga boleh menukar mod paparan daripada sedia ada kepada full screen hanya dengan menekan Paparan Penuh.

Mod ini boleh digunakan untuk kedua-dua lesen memandu dan juga cukai jalan.

Memandangkan aplikasi MyJPJ ketika ini sedang mengalami trafik yang tinggi. Kami cadangkan agar anda yang berjaya untuk melakukan tangkap layar (screenshot) maklumat-maklumat tersebut dan simpannya di dalam telefon pintar anda.

Namun sebagai nota, buat masa ini kerajaan masih lagi mengekalkan amalan kebiasaan LMM dan LKM dalam tempoh interim (sementara). Justeru pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia untuk beralih kepada digital masih boleh menggunakan roadtax dan lesen memandu fizikal mereka seperti biasa.

Kongsikan artikel ini jika anda rasakan ia akan memberikan manfaat kepada keluarga dan kenalan anda.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

9 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

9 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

10 hours ago