Ini 5 Bahan Terbaik Untuk Hilangkan Bau Durian Dengan Cepat. Penggemar Raja Buah Wajib Tahu!

Setiap kali tiba musim durian, pasti para penggemar raja buah ini akan berpusu-pusu membelinya di sekitar gerai tepi jalan.

Bagaimanapun, tidak semua orang gemar memakan durian apatah lagi menghidu baunya yang kuat untuk jangka masa lama.

Lebih parah, punca bau durian boleh menjadi penyebab pergaduhan walaupun isu ini dianggap sebagai satu perkara normal.

Tapi sekarang korang dah tak perlu risau, sebab kami akan menyediakan solusi untuk hilangkan bau durian dengan cepat dan efektif.

#1 Serbuk Kopi

Bungkus serbuk kopi dalam kain atau gunakan kopi uncang dan letakkan di dalam kereta.

Aroma yang dikeluarkan oleh kopi akan menyerap segala bau durian atau segala jenis bau busuk lain dalam kereta.

Biji kopi juga biasanya digunakan oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau pada hidung sebelum mencuba minyak wangi lain.

#2 Cuka

Letakkan semangkuk cuka dalam but kereta sebelum meninggalkan kereta. Bau cuka yang berasid boleh menghilangkan bau durian.

Cuka juga berfungsi untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan kereta kerana bau asid yang kuat.

Oleh itu, tips cuka ini juga boleh membantu kita daripada terpijak najis kucing yang ada di sekitar kawasan kereta.

#3 Roti putih

Ambil beberapa keping roti putih (tak kisah jenama apa) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari.

Untuk pengetahuan korang, roti putih berfungsi menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut akan mula mengeras.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

#4 Arang

Jika di rumah korang ada lebihan arang yang digunakan untuk BBQ, korang boleh letakkannya di dalam kereta dan biarkan untuk beberapa hari.

Ini kerana, arang berfungsi untuk menyerap bau dalam kereta selepas ditinggalkan beberapa hari.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Arang yang telah digunakan untuk menghilangkan bau durian itu juga masih boleh digunakan sebagai bahan bakar.

#5 Daun-daun tumbuhan

Daun-daun tumbuhan juga dapat membantu mengawal bau durian daripada merebak ke seluruh ruangan di dalam kereta mahupun rumah.

Caranya, balut durian dengan daun ubi kayu, betik, pandan atau apa-apa daun yang boleh menutup buah tersebut.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Melalui keadah ini, bau tersebut akan diserap oleh daun yang membaluti terlebih dahulu sebelum ia merebak keluar. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah bau durian yang terlalu kuat.

Jika bau durian terlalu kuat serta kekal untuk jangka masa yang lama di persekitaran rumah mahupun dalam kereta, ia boleh menyebabkan stres yang kronik.

Sebagai info, stres yang kronik juga boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuk tahap kolestrol meningkat.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

38 mins ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

45 mins ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

49 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

2 hours ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

2 hours ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago