Jaga Diet, Tapi Kolestrol Masih Tinggi? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Tahu
Ramai tak tahu, duduk terlalu lama tanpa berbuat apa-apa juga boleh menyebabkan tahap kolestrol meningkat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kolestrol merupakan sejenis bahan yang dihasilkan oleh hati untuk melindungi saraf, menghasilkan tisu sel dan juga hormon tertentu.
Jika anda ingin mengetahui, badan manusia mendapat kolestrol melalui pemakanan seperti telur, daging dan produk tenusu.
Kolestrol baik dan kolestrol jahat
Kolestrol terbahagi kepada dua jenis iaitu baik dan jahat. Sesuai dengan namanya, jika di dalam badan mempunyai terlalu banyak kolestrol jahat, maka ia dapat memberi kemudaratan kepada kesihatan.
Tidak dinafikan, masyarakat hari ini mula mendapat kesedaran tentang betapa bahayanya kolestrol tinggi dengan mengamalkan pemakanan yang sihat seperti diet.
Pun begitu, masih terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan tahap kolestrol yang ramai tidak ketahui.
Berikut, kami kongsikan lima punca kolestrol tinggi yang ramai orang tidak tahu seperti yang dikongsikan laman kesihatan, hello doktor.
#1 Stres berpanjangan
Mempunyai perasan tertekan atau stres dalam kehidupan manusia adalah sesuatu yang normal, namun jika tekanan berpanjangan yang membawa kepada stres kronik ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuklah kolestrol tinggi.
Menurut kajian, stress boleh meningkatkan tahap kolestrol jahat dalam badan dan mengurangkan tahap kolestrol baik.
Hormon stres seperti adrenalin dan kortisol juga boleh meningkatkan kadar gula dalam darah.
#2 Ubat-ubatan punca kolestrol tinggi
Terdapat banyak ubat-ubatan yang ada di dalam dunia ini yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Pun begitu, ada beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kolestrol dalam badan menjadi tinggi seperti pil perancang, retinoid, kortikosteroid, antiviral dan antisawan yang berkemungkinan mempunyai kesan tidak baik pada badan.
#3 Terlalu banyak duduk
Korang mesti pernah terfikir ada masa hanya ingin duduk bermalasan di rumah tanpa berbuat apa-apa setelah penat bekerja pada hari minggu.
Bagaimanapun, duduk yang berpanjangan juga boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan. Malah ia boleh menyebabkan obesiti, penyakit jantung dan juga kolestrol.
Apabila anda duduk terlalu lama, enzim yang menukarkan kolestrol jahat kepada kolestrol baik akan berkurangan sebanyak 95%.
#4 Kehamilan
Ketika hamil, badan akan menggunakan kolestrol untuk membantu janin membesar dan berkembang.
Sebab itulah, tahap kolestrol dalam badan ibu yang mengandung akan meningkat dengan drastik pada semester kedua dan ketiga.
Malah, tahap kolestrol ini juga akan kekal tinggi walaupun selepas melahirkan anak.
Peningkatakan kolestrol ini selalunya tidak akan mendatangkan bahaya terhadap ibu atau anak dalam kandungan.
#5 Diet tinggi gula punca kolestrol tinggi
Anda suka mengambil makanan yang manis? Jangan terkejut, tidak hanya lemak (fat), gula juga mampu menyebabkan tahap kolestrol menjadi tinggi.
Diet yang tinggi gula boleh menyebabkan hati anda menghasilkan lebih banyak kolestrol dan trigliserida dalam badan.
Menurut sebuah kajian, individu yang mendapatkan 10% kalori mereka daripada gula mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mengalami masalah kolestrol tinggi.