Nak Kurus? Lelaki Ini Beritahu Tak Perlu Hindari 5 Makanan Ini, Hanya Kurangkan Sahaja
Menurut Hanif, dengan mengurangkan semua jenis makanan seperti gula, gara dan sebagainya ia tidak disarankan sebaliknya hanya perlu kurangkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Individu berbadan besar sudah tentu mempunyai impian untuk mendapatkan berat yang ideal dan langsing.
Menguruskan badan ini bukanlah hanya tujuan untuk kecantikan semata-mata, tetapi ia juga perlu demi kesihatan yang lebih baik di masa akan datang.
Oleh itu, bermacam-macam perkara akan dilakukan dalam usaha mereka untuk mengurangkan berat badan seperti bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang.
Baru-baru ini, seorang pengamal gaya hidup sihat, Hanif Loid telah berkongsi di TikTok tentang lima jenis makanan yang sering dihindari oleh seseorang dalam menurunkan berat badan seperti:
– Makanan mengandungi gula
– Makanan berminyak
– Makanan mengandungi garam dan tepung
– Makanan segera atau yang diproses
– Hanya makan sayur dan buah-buahan sahaja
Betul ke tak boleh makan semua tu untuk kurus?
Jelas Hanif, dahulu dia juga berfikir jika mahu menurunkan berat badan kita tidak boleh mengambil semua jenis makanan tersebut.
Katanya, bagi seorang manusia biasa perkara itu boleh dilakukan tetapi tidak disarankan kerana dengan mengurangkan pengambilan makanan tersebut sebenarnya sudah cukup untuk membantu anda mengurangkan berat badan.
Boleh buat jika ada tujuan lain seperti pertandingan
Namun sekiranya anda mempunyai tujuan lain untuk menurunkan berat badan seperti pertandingan bina badan yang memerlukan masa yang pendek maka diet itu boleh dilakukan.
Menurutnya, adakalanya mereka yang mengamalkan diet dengan menghindari gula dan makanan ini akan menjadi gemuk semula kerana mengalami situasi di mana ia sukar untuk dikawal dalam jangka masa yang lama.
Ini kerana ada masanya seseorang itu pasti akan mempunyai keinginan untuk memakan beberapa makanan seperti ais krim, makanan berminyak dan bergoreng.
Tak perlu hindari hanya kawal
Oleh itu, untuk memudahkan proses diet, anda tidak perlu hindari tetapi hanya jaga pengambilan kalori dan kualiti pengambilan makanan sahaja.
Melihat di ruangan komen rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Hanif malah ada juga yang mengatakan tips untuk menurukan berat badan yang diberi olehnya mudah dan tidak membuatkan seseorang stress.