fbpx
Now Reading
MSM Cadang Harga Gula Dinaikkan Jadi RM3.85 Sepeket

MSM Cadang Harga Gula Dinaikkan Jadi RM3.85 Sepeket

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM, perkara itu perlu dipertimbangkan kerana pihaknya menanggung peningkatan kos operasi akibat daripada pelbagai faktor global malah kini beroperasi dalam kerugian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sama seperti beras dan minyak masak, gula merupakan antara barang asas yang sering mendapat perhatian dan menjadi buah mulut masyarakat di negara ini.

Ini kerana gula juga dianggap sebagai barang keperluan dalam kehidupan seharian. Isu seperti kekurangan stok atau perubahan harga sudah semestinya memberikan kesan kepada kebanyakan penduduk di Malaysia.

MSM Cadang Harga Gula Dinaikkan

Terbaharu, syarikat pengeluar gula iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) mencadangkan agar harga gula sepeket sekilogram dinaikkan daripada RM2.85 kepada RM3.85.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM Hasni Ahmad, perkara itu perlu dipertimbangkan kerana pihaknya menanggung peningkatan kos operasi akibat daripada pelbagai faktor global malah kini beroperasi dalam kerugian.

“Langkah ini perlu dibuat kerana kos pengeluaran sudah tidak boleh dikawal atas beberapa faktor, antaranya perang di Ukraine, perang di Timur Tengah dan kejatuhan nilai mata wang ringgit.

“Oleh itu, kita perlu jual pada harga yang bersesuaian dan kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak kerajaan berhubung perkara ini,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Mohon Kerajaan Beri Penekanan Kepada Keselamatan Makanan

Hasni turut memohon agar pihak kerajaan memberi tumpuan kepada usaha keselamatan makanan khususnya yang melibatkan produk gula kerana ia merupakan satu keperluan asas rakyat.

“Kita perlu mempunyai sumber gula mentah sendiri, antara cadangan termasuk mewujudkan ladang tebu sendiri.

“Ini penting kerana ketika ini negara seperti India dan Thailand sudah melarang eksport gula mentah dan bekalan kita terima dari Brazil.

“Apa akan berlaku sekiranya Brazil juga melarang eksport gula mentah. Jadi, perkara ini perlu diberikan perhatian untuk keselamatan makanan Malaysia,” jelasnya.

Bakal Eksport Gula Ke Singapura

Pada masa yang sama, Hasni menjelaskan bahawa syarikat tersebut mempunyai perancangan untuk mengeksport gula ke Singapura pada tahun ini.

“Berkenaan eksport gula, pasaran serantau yang sedang kita berikan tumpuan adalah Singapura, kita jangka akan mula eksport sama ada suku pertama atau suku kedua tahun ini.

“Namun ingin ditegaskan, langkah mengeksport gula itu tidak akan menjejaskan bekalan gula dalam pasaran tempatan.

“Tidak perlu bimbang kerana eksport gula tidak beri impak kepada pasaran tempatan, jangan risau,” katanya.

Terdahulu, pada Oktober 2023 yang lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh pernah mendedahkan bahawa dua syarikat pengeluar gula iaitu MSM dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) mengalami kerugian 88 sen bagi setiap satu kilogram (kg) gula standard yang dihasilkan.

Akibat kerugian yang ditanggung, kedua-dua syarikat ini telah membuat permohonan kepada kerajaan bagi menaikkan harga gula sejak tahun 2021.

Baca Artikel Berkaitan: “Harga Gula Di Malaysia Paling Rendah Berbanding Negara Asia Lain” – Fuziah Salleh

Baca Artikel Berkaitan: MSM Nafi Dakwaan Cuba Paksa Pengguna Beli Gula Premium [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.