
MSM Nafi Dakwaan Cuba Paksa Pengguna Beli Gula Premium [Video]
MSM turut mendakwa bahawa kerajaan telah menghentikan pemberian subsidi kepada industri gula tempatan dan tiada pelarasan harga dibuat sejak tahun 2013.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu mengenai barangan asas antaranya seperti beras, minyak dan gula menjadi isu utama yang sering menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat sejak akhir-akhir ini.
Selain daripada masalah kenaikan harga beras yang mendadak, masyarakat turut dihidangkan dengan isu berkaitan pembelian gula.
Pada minggu yang lalu, tular satu video yang mendakwa pengguna ditetapkan syarat perlu membeli gula kasar premium yang harganya jauh lebih mahal bagi mendapatkan gula kasar yang biasa.
Malah, dalam video yang sama juga, seorang pengguna wanita turut mepersoalkan perbezaan harga yang ketara antara dua jenis gula berkenaan serta bekalan gula kasar premium yang dilihat lebih banyak di pasaran berbanding gula biasa.
@phan.fizs Madani problem …
♬ original sound – P H a N . f i z
MSM Jawab Persoalan Netizen, Gula Premium Bukan Ganti Gula Sedia Ada
Susulan daripada topik hangat mengenai isu ini, syarikat pengeluar gula iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) telah memuat naik satu video bagi menjawab persoalan pengguna berhubung perbezaan gula kasar dan gula super jenama Gula Prai keluaran mereka.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok rasmi syarikat itu, syarikat berkenaan menjelaskan bahawa kerajaan telah membenarkan dua syarikat pengeluar gula tempatan mengeluarkan gula bertapis jernih atau dikenali sebagai Gula Super bermula 25 Mei 2023.
Namun, ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan bekalan gula putih sedia ada.
“Gula Super diproses untuk rasa yang lebih manis, putih dan jernih,” tulis syarikat berkenaan menerusi kenyataan di video tersebut.
Malah, pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli produk gula mengikut keperluan dan pilihan masing-masing.
Harga Gula Super Ditentukan Oleh Pasaran & Tidak Dikawal Kerajaan
Tambah syarikat itu lagi, kerajaan tidak mengawal harga Gula Super sebaliknya harga gula berkenaan ditentukan oleh pasaran.
“MSM juga tidak mengenakan sebarang sekatan untuk peruncit menjual Gula Super atau gula putih biasa,” tambah mereka lagi.
Tidak Terima Subsidi & Tiada Pelarasan Harga
Syarikat itu juga turut mendakwa bahawa kerajaan telah menghentikan pemberian subsidi kepada industri gula tempatan dan tiada pelarasan harga dibuat sejak tahun 2013.
Walau bagaimanapun, harga barang asas rakyat itu masih lagi dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Susulan daripada kenaikan harga gula ini, syarikat berkenaan memohon agar orang ramai yang terkesan terutamanya bagi mereka yang sukar mendapatkan bekalan gula membuat laporan kepada KPDN.
“Para pengguna boleh melaporkan sebarang aduan berkaitan gula kepada KPDN di talian bebas 1-800-866-800 atau email kepada e-aduan@kpdn.gov.my.
@gulaprai Harap menjawab isu 😄
♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo
Terdahulu, menerusi video yang tular itu juga, wujud perbezaan harga di antara gula kasar dan juga gula super premium.
Menerusi video yang dikongsikan, gula kasar dijual dengan harga RM2.85 iaitu masih lagi dalam harga kawalan manakala gula putih super premium didakwa di jual dengan harga antara RM4.70 ke RM5.00.