fbpx
Now Reading
“Harga Gula Di Malaysia Paling Rendah Berbanding Negara Asia Lain” – Fuziah Salleh

“Harga Gula Di Malaysia Paling Rendah Berbanding Negara Asia Lain” – Fuziah Salleh

Menurut Timbalan Menteri KPDN, akibat daripada kerugian yang ditanggung, dua syarikat pengeluar gula telah membuat permohonan daripada kerajaan bagi menaikkan harga gula standard atau gula rakyat sejak tahun 2021.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa minggu yang lalu, hangat diperkatakan tentang isu mengenai barangan asas seperti beras dan gula.

Perkara itu menjadi buah mulut rakyat Malaysia kerana ia merupakan antara barang keperluan dalam kehidupan seharian.

Sebarang isu seperti kekurangan bekalan ataupun perubahan harga sudah pastinya memberi impak kepada individu terutama terhadap kos perbelanjaan bulanan.

Dua Syarikat Pengeluar Kerugian 88 Sen Bagi Setiap 1Kilogram, Mohon Untuk Naikkan Harga

Terbaharu, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, dua syarikat pengeluar gula iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) mengalami kerugian 88 sen bagi setiap satu kilogram (kg) gula standard yang dihasilkan.

Akibat daripada kerugian yang ditanggung, kedua-dua syarikat ini telah membuat permohonan daripada kerajaan bagi menaikkan harga gula standard atau gula rakyat sejak tahun 2021.

Malah, beliau juga turut mengatakan bahawa harga gula di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan negara pengeluar di Asia yang lain.

“Harga gula standard di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara-negara di rantau Asia. Thailand yang juga negara pengeluar gula pun jual harga RM3.76 per kg. Myanmar RM8.39 per kg dan beberapa negara Asia lain seperti Singapura dan Kemboja harga mereka jauh lagi mahal berbanding negara kita.

“Apabila keadaan itu berlaku, mereka (syarikat pengeluar gula) datang lagi pada kerajaan untuk memohon mengeluarkan gula jernih atau gula premium. Pada 25 Mei lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluar gula untuk mengeluarkan gula premium dengan alasan untuk ‘cross’ subsidi. Kerugian gula standard disubsidikan dengan gula premium.

“Pada 1 Jun, kerajaan arahkan pengawalan bekalan, di mana pengeluaran gula oleh dua syarikat ini diberikan minimum. Untuk CSR sebanyak 18,000 metrik tan sehari manakala MSM sebanyak 24,000 metrik tan. Kita juga pantau pengeluaran 193 pemborong setiap minggu,” kata beliau ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan yang meminta penjelasan mengenai kekurangan bekalan gula bukan premium di Perlis.

Tiada Kena Mengena Dengan Penutupan Kilang Gula Di Chuping, Perlis.

Tambah Fuziah lagi, kekurangan bekalan gula di Perlis tiada kaitan dengan penutupan kilang gula di Chuping.

Ini kerana hanya operasi kilang itu sahaja dipindahkan namun pengedaran kilang masih dijalankan di seluruh negara. Malah, terdapat empat syarikat pemborong di Perlis yang kesemuanya merupakan pengeluar yang sama.

“Apabila berlaku keadaan stok gula premium tinggi, syarikat pemborong telah keluarkan modal dan modal tersekat disitu. Jadi mereka (pemborong) terpaksa masukkan gula premium dalam pasaran. Mereka terpaksa membeli dengan ‘cash term’ dan perlu keluarkan gula premium dari simpanan mereka. Mereka juga tidak order gula standard.

“Kerajaan hari ini masih belum ambil langkah intervensi, masih dalam perbincangan bagaimana nak atasi masalah ini. Namun di Perlis, KPDN buat jualan gula rahmah iaitu menjual gula premium yang disubsidikan untuk mengatasi kekurangan kekurangan gula di sana,” ujar beliau lagi.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.