fbpx
Now Reading
Nak Sihat & Aktif? Megah Rise Mall Tawar Pelbagai Fasiliti Pusat Kecergasan

Nak Sihat & Aktif? Megah Rise Mall Tawar Pelbagai Fasiliti Pusat Kecergasan

Antara pusat kecergasan yang ditawarkan di Megah Rise Mall adalah gelanggang badminton dan harga sewaan gelanggang bermula RM30 hingga RM45 untuk sejam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masuk sahaja tahun 2024 ramai yang mula mempunyai azam tahun baharu, dan tak dinafikan antara yang popular sudah tentunya ingin menurunkan berat badan atau memiliki gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.

Namun mungkin ada yang merasakan azam untuk hidup dengan lebih sihat ini sukar untuk dilakukan kerana tidak tahu di manakah tempat yang sesuai perlu dituju untuk melakukan aktiviti fizikal yang sihat selain ke taman rekreasi.

Atau mungkin segelintir dari kita tak tahu dekat mana tempat yang menawarkan tempat riadah yang sesuai dengan minat korang.

Usah bimbang kerana kami mempunyai beberapa cadangan pusat kecergasan yang menawarkan pelbagai aktiviti hanya dalam satu pusat membeli-belah iaitu Megah Rise Mall yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Mall? Ya! Korang tak salah dengar ia adalah pusat membeli belah yang mempunyai pelbagai pusat kecergasan termasuklah gelanggang badminton.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada korang pusat kecergasan yang ada di sini.

#1 The Active Chimp

Foto: Afifa BuzzKini

The Active Chimp merupakan salah satu pusat kecergasan yang ada di sini. Terletak di tingkat 2 Megah Rise Mall menyediakan pelbagai aktiviti kecergasan dan juga studio basikal.

Ya studio basikal yang viral tu, jadi kalau korang seorang yang sukakan aktiviti basikal tapi tak suka cuaca panas, studio adalah pilihan yang tepat.

Paling penting korang tak lakukan aktiviti ni berseorangan sebaliknya secara beramai-ramai dengan jurulatih yang disediakan.

Seperti hari ini team BuzzKini berpeluang untuk melakukan BattleWave yang menggunakan tali dan ia merupakan salah satu aktiviti latihan intensiti tahap tinggi. Aktiviti ini memerlukan daya tahan kardiovaskular dan juga untuk menguatkan otot.

Paling penting jangan buat aktivti ni masa perut penuh atau kosong, risau korang muntah je masa buat aktiviti tu 🤢.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti lain yang turut disediakan seperti Super Blitz dan juga LesMills Core.

Sebagai permulaan korang boleh cuba langgan Active Starter 3 yang berharga RM99 untuk tiga kelas yang diinginkan selama satu bulan. Paling seronok ada juga pakej yang korang boleh kongsi bersama kawan-kawan.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti, pakej, jadual waktu kelas, harga atau membership korang boleh layari terus The Active Chimp.

#2 Anytime Fitness

Sekiranya korang seorang yang suka untuk pergi ke gim, Anytime Fitness adalah salah satu pusat kecergasan yang tepat buat korang. Malah paling menarik ia dibuka 24 jam tanpa henti.

Jadi tiada lagi alasan untuk tidak bersenam kerana gim tutup, sebaliknya korang boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

Di sini mereka tidak hanya mempunyai pelbagai alat kecergasan sebaliknya ia turut menawarkan pelbagai kelas senaman seperti Zumba, Yoga, Kicboxing serta banyak lagi bersama jurulatih khas.

Selain itu, mereka juga turut menawarkan sesi bersenam bersama jurulatih persendirian sekiranya ada yang berminat. Malah dengan adanya jurulatih korang boleh kongsi apakah fokus dalam senaman contohnya ada yang ingin menguruskan badan namun dalam masa sama tidak mahu terlalu kurus dan ingin mengekalkan otot yang cantik.

Maka jurulatih akan berikan nasihat dan apa rancangan apa yang perlu dilakukan untuk dapatkan badan idaman anda.

Untuk yang berminat Anytime Fitness mempunyai dua jenis kontrak keahlian iaitu enam bulan dan juga satu tahun. Bagi kontrak selama enam bulan ia bernilai RM199 manakala untuk setahun adalah RM189.

Korang juga boleh layari laman sesawang Anytime Fitness untuk pertanyaan lanjut atau kunjungi terus di mana-mana outlet.

#3 Megah Rise Badminton Club

Foto: Afifa BuzzKini

Korang suka bermain badminton dan berazam nak jadi ala-ala Lee Chong Wei? Haa belum terlambat lagi untuk realisasikan impian tu! Jom asah bakat korang bersama kawan-kawan dekat Megah Rise Badminton Club.

Di sini mereka mempunyai sebanyak enam gelanggang badminton dan ia merupakan salah satu aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama rakan atau ahli keluarga.

Gelanggang ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin dan harga sewaan gelanggang bermula pada RM30 hingga RM45 sejam. Manakala untuk yang berminat membuat tempahan selama tiga bulan harga bermula RM28 hingga RM43 sejam.

Selain itu, di sini turut menjual peralatan badminton seperti pakaian, beg, raket, bulu tangkis dan banyak lagi.

Foto: Afifa BuzzKini
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.