fbpx
Now Reading
Azam Tahun Baru Nak Kurus? Ini Beberapa Makanan Boleh Bantu Tingkatkan Metabolisme Badan

Azam Tahun Baru Nak Kurus? Ini Beberapa Makanan Boleh Bantu Tingkatkan Metabolisme Badan

Antara makanan yang dapat membantu meningkatkan metabolisme badan adalah makanan yang baik untuk jantung seperti buah, sayur, bijirin dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali masuknya tahun baharu pasti ada di antara kita yang mula memasang niat untuk menguruskan badan atau menukar gaya hidup yang lebih sihat.

Ada yang mula menukar gaya pemakanan mereka kepada sesuatu yang lebih bernutrien tinggi, mengawal pengambilan garam dan gula demi kesihatan selain ingin menurunkan berat badan mereka.

Namun umum mengetahui, menguruskan badan bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan ia memerlukan usaha keras serta pengetahuan, contohnya selain bersenam anda juga perlu tahu jenis makanan yang membantu untuk menguruskan badan.

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi di laman X beberapa jenis makanan yang boleh membantu dalam meningkatkan metabolisme badan.

Memetik laporan Hello Doktor, badan seseorang individu akan sentiasa membakar kalori walaupun ketika sedang berehat seperti menonton televisyen, baring mahupun tidur.

Oleh itu, seseorang yang ingin menurunkan berat badan perlu mengetahui kadar metabolisme badan atau lebih dikenali sebagai basal metabolic rate (BMR).

Individu yang ingin menurunkan berat badan perlu makan kurang daripada kadar BMR dibakar setiap hari dan ia akan lebih berkesan untuk anda merancang senaman dan juga diet harian.

Namun usah bimbang, sebenarnya terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kadar metabolisme badan contohnya adalah melalui pemakanan.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan beberapa jenis makanan yang dapat membantu meningkatkan metabolisme badan.

#1 Teh hijau, coklat gelap dan kopi

Foto: Pexels

Menurut pakar kecergasan, Kevin Zahari dalam coretannya di laman sesawang, teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi namun kaya dengan catechins sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sehingga 4% iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hati.

Malah selain teh hijau, anda juga boleh mengambil kopi teh dan juga coklat gelap. Namun perlu berhati-hati dengan pengambilan gula, susu mahupun krimer agar tidak diambil secara berlebihan.

#2 Makanan baik untuk jantung

Foto: Pexels

Amalkan jenis makanan yang baik untuk jantung contohnya adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijiran atau makanan yang penuh dengan serat.

Makanan yang kaya dengan fiber membantu perut anda untuk rasa lebih cepat kenyang. Malah ada segelintir dari mereka yang sedang melakukan diet turut mengambil biji chia (Chia Seed) dan mencampurkannya ke dalam minuman.

#3 Minum air kosong secukupnya

Foto: Pexels

Umum mengetahui air kosong merupakan perkara yang sangat penting kepada sistem badan. Oleh itu, bagi menjayakan misi untuk menguruskan badan, pastikan anda minum air yang cukup setiap hari.

Tak guna juga jika diet dan bersenam beria-ria namun keperluan penting seperti air tidak diambil dengan cukup.

#4 Greek yogurt

Foto: Pexels

Selain itu, yogurt juga boleh membantu dalam meningkatkan lagi metabolisme badan. Namun jangan pula anda ambil yogurt yang berperisa kerana ia mengandungi gula yang agak tinggi.

Sebaliknya ambil yogurt yang kosong, dan jika inginkan sedikit perasa boleh variasikannya dengan meletakkan buah-buahan atau kekacang.

Bukan hanya itu, yogurt juga bagus untuk sistem pencernaan dan bertindak sebagai probiotik untuk perut anda.

#5 Makanan yang panas

Foto: Pexels

Menurut Kevin Zahari, makanan yang panas seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih serta banyak lagi dapat membantu membakar kalori apabila tenaga tersebut akan digandakan selepas beberapa jam ia dimakan.

Malah ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan sehingga 12%.

Pendek kata, ada banyak jenis makanan yang boleh diambil untuk meningkatkan metabolisme badan agar ia dapat membantu membakar kalori yang diambil.

Namun dalam setiap usaha ia perlu dilakukan dengan konsiten, adakala anda mungkin rasa muak dan hampir berputus asa. Oleh itu, tak salah untuk ada ‘cheat day’ sekali sekala, yelah kita semua manusia biasa cuba jadi lebih kreatif untuk memvariasikan makanan dan senaman anda.

Jika bosan makan nasi, cuba makan western pula, penat buat senaman sama setiap hari sekali sekala apa salahnya menari pula.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.