fbpx
Now Reading
“Macam Join Askar” – Ramai Terhibur Lihat Rakan Bagi Semangat Kepada Lelaki Untuk Kurus [Video]

“Macam Join Askar” – Ramai Terhibur Lihat Rakan Bagi Semangat Kepada Lelaki Untuk Kurus [Video]

Menerusi video tersebut apa yang menarik perhatian ramai, adalah cara rakan memberi sokongan kepada lelaki berbaju biru seperti ‘vibe’ latihan tentera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan keinginan untuk kurus atau menjalani kehidupan lebih sihat sering disenaraikan dalam azam tahun baharu.

Namun tidak semua berjaya untuk melaksanakan azam tersebut. Ini kerana proses untuk kurus dan menjalani kehidupan yang lebih sihat memerlukan usaha yang keras dan konsisten seperti bersenam, merancang pemakanan yang sihat serta disiplin yang ketat.

Oleh itu ramai yang kecundang di pertengahan kerana tidak konsisten dengan usaha untuk menguruskan badan, namun ada juga yang berjaya dek kerja keras selain mendapat sokongan dari keluarga dan rakan-rakan.

Rakan bagi sokongan lelaki nak kurus, siap buat larian macam vibe askar

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki yang sedang berlari sambil ditemani rakan-rakan sebagai tanda menyokong usaha untuk menguruskan badan.

Namun apa yang menjadi perhatian, menerusi video dikongsikan oleh Azzriy di TikTok kelihatan kawan-kawannya itu tidak hanya menemani lelaki berkenaan berlari sebaliknya turut memberikan pelbagai kata-kata semangat.

Malah latihan larian itu juga turut dilihat seperti latihan tentera apabila rakan-rakannya itu turut memberikan kata-kata seperti “Kamu ingat cuti adalah hari kamu” dengan nada yang tegas.

Turut bergurau senda ketika berlari bersama kawan-kawan

Kata-kata rakannya itu bagaimanapun turut dijawab dengan gurau senda oleh lelaki berbaju biru berkenaan sambil berlari.

Perkongsian video itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai terhibur malah ada yang menyifatkan larian itu seperti dalam latihan tentera askar.

“Bila kawan kau tunaikan janji nak joging untuk kurus,” tulisnya dalam video tesebut.

Tidak kurang juga ramai yang mengucapkan semoga berjaya kepada lelaki berbaju biru dalam misinya untuk menguruskan badan sebaik dia memunculkan diri di ruangan komen.

Menerusi carian kami, dipercayai lelaki berbaju biru itu merupakan pelajar dalam bidang kulinari di sebuah Universiti Awam.

“Tapi dia comel lah bang”

“Dah macam sertai askar”

“Bagus ada kawan macam ni bagi semangat kawan nak kurus”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.