Nak Jimat Beli Tiket Flight? Ini 5 Tips Buat Anda!

Sebelum melancong sama ada dalam dan luar negara, banyak perkara perlu diambil kira bagi memastikan percutian berjalan dengan lancar.

Antaranya adalah membeli tiket penerbangan yang kadang kala memeningkan kerana harga yang diperoleh agak mahal serta di luar kemampuan dan melebihi bajet.

Menerusi perkongsian oleh akaun @CutiOhsem di TikTok, berikut merupakan lima tips yang boleh digunakan sebelum membeli tiket flight yang dapat membantu menjimatkan poket anda!

#1 Beli Tiket Pada Hari Selasa Atau Rabu

Foto: Freepik

Anda disarankan untuk membuat pembelian semasa hari Selasa atau Rabu. Ini kerana, kebiasaannya, syarikat penerbangan akan mengemaskini data atau sistem pada kedua-dua hari tersebut.

Menerusi laman web Skyscanner, hari yang terbaik untuk anda membuat pembelian tiket adalah pada hari Selasa pagi. Pembelian tiket pada waktu ini membantu anda untuk berjimat 15% hingga 25% bagi setiap pembelian.

Jadi, rajin-rajinlah membuat survei semasa kedua-dua hari berkenaan.

#2 Kosongkan Cache Browser

Foto: Google

Tahukah anda, sistem di Internet boleh mengesan dan mengetahui apa yang anda mahu berdasarkan carian yang telah dibuat sebelum ini.

Jadi, anda dinasihatkan untuk mengosongkan cache anda terlebih dahulu sebelum membuat carian semula berhubung tiket penerbangan.

Ini kerana, sistem syarikat penerbangan boleh mengesan yang anda pernah membuat carian mengenai harga tiket sebelum ini di laman web tersebut.

Jadi, untuk mengelakkan daripada harga yang ditawarkan makin naik, anda dinasihatkan untuk mengosongkan cache carian anda terlebih dahulu.

#3 Beli Tiket Asing Bagi Penerbangan Pergi & Balik

Foto: Freepik

Kebiasaannya, untuk memudahkan proses pembelian, tiket penerbangan pergi balik akan dibeli pada masa yang sama.

Apa kata anda tukar kaedah itu dengan membeli tiket secara berasingan. Ini kerana langkah ini dikatakan boleh menjimatkan poket anda kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah.

Namun, kami tidak dapat memastikan sejauh manakah kebenaran fakta ini. Tapi, kami merasakan anda mungkin boleh mencubanya dan beritahu hasilnya kepada kami.

#4 Guna Mod Incognito Semasa Survei Tiket Flight

Semasa membuat survei mengenai pembelian tiket flight, anda dinasihatkan untuk mengguna mod incognito pada browser anda.

Foto: Google

Ini kerana fungsi mod incognito tidak akan menyimpan sejarah aktiviti anda di mana-mana laman web rasmi dan berfungsi sebagai ‘penyamaran’.

Jadi, bagi mengelakkan harga tiket berubah-ubah, anda disarankan mengaktifkan mod incognito di carian enjin Google agar internet tidak boleh menjejak anda melalui mod ini.

#5 Guna Aplikasi Yang Boleh Membuat Perbandingan Harga

Bagi memudah dan menjimatkan masa anda, anda dinasihatkan untuk mengguna aplikasi yang dapat membantu anda untuk carian dan membuat perbandingan harga tiket penerbangan yang termurah sebelum membuat pembelian di laman web rasmi syarikat berkenaan.

Antara aplikasi mesra pengguna yang boleh anda gunakan untuk membuat perbandingan harga adalah seperti Skyscanner, Google Flight, Hopper, Kayak dan Cheapflight.

Foto: Skyscanner

Jadi, ikutilah 5 tips ini sekiranya anda tidak mahu menghabiskan duit di tiket penerbangan semata-mata. Duit ini boleh digunakan untuk kegunaan yang lain semasa anda bercuti. Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebabnya Kenapa Harga Tiket Flight Tidak Tetap

Baca Artikel Berkaitan: Berdepan Penerbangan ‘Overbooked’? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cara Selesaikannya, Ketahui Hak Anda

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

12 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

12 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

12 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

13 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

14 hours ago