Kenali 5 Tanda Penuaan Pada Kucing Kesayangan Anda

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan manusia selain anjing, arnab, ikan dan sebagainya.

Ini kerana keletah mereka yang mesra, manja dan comel ketika bersama sering mencuri hati ramai pihak.

Malah ada juga segelintir daripada mereka yang membela kucing tidak hanya menganggap ia sebagai haiwan peliharaan bahkan seperti ahli keluarga.

Ke mana sahaja pergi, kebajikan dan keselesaan haiwan itu sentiasa menjadi keutamaan si pembela kucing.

Walau bagaimanapun, sama seperti manusia kucing juga turut melalui fasa penuaan atau tua apabila sudah meningkat usia.

Oleh itu, ia dalah penting buat para pembela haiwan di luar sana untuk mengetahui beberapa ciri atau tanda bahawa si comel anda mungkin sedang mengalami fasa ini seperti yang dikongsikan oleh Candy Pet House di TikTok.

Yelah adakalanya mereka mungkin mempunyai perubahan sikap atau rutin yang membuatkan anda berasa pelik jadi jom ketahui lima tanda tersebut.

#1 Hilang kemampuan untuk melompat

Umum mengetahui selain berjalan, berlari, memanjat mereka juga boleh melompat.

Malah tindakan ini boleh dilihat apabila anda sedang bermain dengannya atau ketika mereka berada di rumah.

Namun bagi kucing yang sedang mengalami penuaan mereka lebih kurang melompat disebabkan hilang kemampuan untuk melakukan aksi itu. Perkara ini berkemungkinan disebabkan si comel anda mengalami gejala awal seperti penyakit sendi atau artritis.

#2 Tahap pendengaran dan penglihatan yang berkurangan

Foto: Pexels

Ketika kecil kucing anda yang tidak mempunyai masalah pendengaran mungkin lebih mudah untuk dipanggil namun berbeza bagi si bulus yang sedang melalui fasa penuaan di mana mereka tidak memberikan respon sama seperti dahulu.

Sekiranya memberi respon ia berkemungkinan lebih lambat daripada sebelumnya dan mereka akan mengeluarkan bunyi dengan lebih kuat disebabkan pendengaran yang semakin berkurangan.

#3 Perubahan pada kulit dan bulu

Tidak dinafikan, kucing yang masih muda mempunyai bulu yang lebih lebat dan lembut namun perkara ini tidak kepada kucing tua.

Ini kerana bulu mereka mula menjadi kasar dan nipis kerana kurangnya penghasilan kelenjar minyak.

Contohnya jika dahulu di bahagian ekor, haiwan yang lebih muda mempunyai bulu yang gebu manakala tua lebih nipis dan tidak tebal.

Selain itu mereka juga mengalami perubahan warna pada bulu di bahagian dagu apabila bertukar menjadi warna putih.

#4 Buang air kecil luar dari tempat biasa

Kucing yang semakin berusia mempunyai kesukaran untuk menahan diri mereka daripada membuang air kecil.

Oleh itu, anda mungkin akan mendapati mereka membuang air kecil merata-rata dan tidak di pasir (litter box) yang disediakan atau di luar rumah seperti kebiasaaanya.

Namun anda dinasihatkan untuk bersabar ketika mereka berada dalam keadaan ini kerana ia tidak disengajakan. Cuba bawa mereka ke kawasan pasir secara kerap ia mungkin dapat membantu atau sekiranya keadaan menjadi teruk anda juga boleh gunakan lapin pakai buang yang dijual di kedai haiwan.

#5 Perubahan interaksi

Foto: Pexels

Si comel akan mengalami perubahan interaksi seperti lebih suka menyendiri dan tidak suka untuk didekati.

Namun tidak semua kucing mempunyai perubahan sikap yang sama, terdapat juga segelintirnya menjadi terlalu manja.

Selain itu mereka juga lebih cenderung untuk menghabiskan masa untuk tidur dan semakin malas.

Jika dulu pantang sahaja anda mengeluarkan mainan pasti mereka akan mengejarnya tapi pada usia ini mereka kurang bergerak.

Sebagai pembela kucing, anda disarankan untuk tidak cepat melenting dan cuba memahami perubahan sikap yang dialami oleh si comel.

Mereka tidak minta untuk jadi begitu sebaliknya ia adalah secara semulajadi. Yang penting sentiasa sayangi mereka dan berikan penjagaan yang sebaik mungkin.

@candypethouse

Sampai masa kucing kita juga akan menua. Sedih kan bila fikir yang mereka telah lama hidup dan membesar dalam jagaan kita. Tengok-tengok dah tua dan tak lagi mempunyai ragam seperti dulu. Kenalpasti tingkah laku mereka bila mencecah usia tua dan permudahkanlah urusan harian mereka sebaik mungkin. #candypethouse #petshop #tipskucing #seniorcat #catlover #fyp #fypシ

♬ original sound – Candy Pet House – Candy Pet House

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

10 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

11 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

11 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

12 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

14 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

14 hours ago