“Saya Merayu Kak” – Ustaz Terpalit Kes Liwat Pelajar Didakwa Mohon Ibu Mangsa Beri Peluang Kedua

Seorang ibu meluahkan perasaan kecewanya apabila kes liwat seorang ustaz terhadap anaknya di sebuah sekolah tahfiz di Pulau Pinang pada dua tahun lalu masih lagi belum selesai.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, wanita yang dikenali sebagai Norsuraya itu menjelaskan tujuan dia membangkitkan semula kes tersebut bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pusat tahfiz di Malaysia, sebaliknya hanya ingin menuntut keadilan buat anak lelakinya.

“Assalamualaikum, saya seorang ibu yang menantikan keadilan buat anak lelaki yang diliwat lebih 2 tahun lalu di sebuah tahfiz di Penang.

“Tujuan saya ‘post’ bukan sebab nak jatuhkan tahfiz yang sedia ada, tapi untuk mendapatkan keadilan buat anak lelaki saya,” tulisnya.

Menurutnya, dia meminta orang ramai untuk menularkan kembali mengenai kejadian itu sehingga anak lelakinya mendapat pembelaan sewajarnya.

Kejadian itu menyebabkan impian dia dan anaknya hancur

Jelasnya wanita ini lagi, kejadian hitam yang berlaku telah menghancurkan harapannya untuk melihat anak kesayangan bergelar seorang Hafiz serta memusnahkan impian anaknya yang ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir.

“Saya mohon sangat ada yang sudi viralkan kes ini sampai anak lelaki saya dapat keadilan, hancur hati seorang ibu untuk melihat anak tersayang menjadi seorang Hafiz dan hancur impian seorang anak untuk melanjutkan pelajaran ke mesir.”

Ibu mangsa, Norsuraya

Dalam hantaran di FB itu, Norsuraya turut berkongsi gambar tangkap layar perbualan WhatsApp antara dirinya dengan seorang individu yang dipercayai ustaz terbabit.

Ustaz mohon pertimbang semula, pikir kesihatan ibu dan ayahnya

Menerusi tangkap layar perbualan itu, kelihatan ustaz terbabit merayu untuk mempertimbangkan semula mengenai kes tersebut memandangkan kesihatan ibu dan ayahnya tidak begitu baik.

Malah ustaz tersebut turut mengakui perkara tersebut merupakan suatu perbuatan keji selain meminta ibu mangsa untuk memberikannya peluang kedua.

Foto: Facebook/Norsuraya Mohd Noor

“Assalamualaikum kak, saya faham perasaan akak sebagai seorang ibu dan saya pun faham keadaan A*d** tapi saya nak minta tolong pertimbangkan keadaan keluarga saya.

“Bapa saya baru sahaja menjalani pembedahan di kepala dan ibu saya pun sakit dan saya takut keadaan mereka kalau isu ini tersebar.

“Saya akui memang ini suatu perbuatan terkutuk sangat-sangat, tapi tolong beri peluang untuk keluarga saya. Saya merayu kak, madrasah pun kita dah tutup,” tulis ustaz berkenaan.

Seorang guru agama lelaki didakwa liwat dan lakukan amang seksual pada pelajar

Terdahulu, media melaporkan seorang guru agama lelaki berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang pada 24 Mac 2021 atas pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya berusia 17 tahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu antara 20 November 2020 hingga 14 Mac 2021 di sebuah rumah di Teluk Kumbar.

Susulan itu, dia berdepan satu dakwaan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan dua dakwaan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

22 mins ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

29 mins ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

33 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

2 hours ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

2 hours ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago