Sering Jumpa Lipan Dalam Bilik Air? Lelaki Ini Dedah Cara Hapuskannya

Setiap rumah pasti tidak akan pernah lari daripada berdepan dengan masalah haiwan perosak.

Malah kehadiran haiwan perosak ini juga turut membuatkan beberapa barangan seperti perabot atau makanan di dalam rumah menjadi rosak.

Bukan hanya itu, adakalanya haiwan perosak seperti lipas atau lipan juga turut dapat dilihat keluar daripada bahagian lubang tandas.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan korang bimbang kerana takut jika ada yang terkena gigitan atau sengatan dari sang lipan ketika menggunakan tandas.

Silap-silap terpaksa bawa ke hospital untuk membuang bisanya.

Namun usah bimbang, kerana seorang pakar kawalan serangga (Pest Control) yang dikenali sebagai Naim telah berkongsi beberapa tips di Twitter cara untuk mengatasi masalah ini.

Lipan dalam tandas? Say no more!

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada korang apa yang boleh dilakukan.

#1 Bilik air perlukan pengudaraan baik

Foto: Twitter Naim

Kita sering kali mendengar arkitek atau kontraktor sangat menitik beratkan isu pengudaraan yang baik apabila membuat sebuah bangunan termasuklah rumah.

Selain ia dapat membantu memberikan udara yang sejuk, rupanya pengudaraan ini juga penting agar bilik air di dalam rumah cepat kering selepas digunakan.

Yelah, kawasan yang lembab menjadi tempat kegemaran lipan terutama bilik air.

#2 Tabur garam

Tabur garam? Ya, korang tak salah baca. Ramai sangka kegunaan garam hanya sebagai bahan perasa untuk menyedapkan makanan.

Sebenarnya garam mempunyai banyak kegunaan seperti mandian dan banyak lagi.

Jadi dekat mana korang boleh tabur garam ni? Garam boleh ditabur pada kawasan yang kering atau jarang basah contohnya luar rumah, tempat letak kereta atau dapur.

Caranya adalah letakkan di kawasan yang selalu ada lipan namun elakkan dari letak di dalam bilik air.

Ini kerana, garam merupakan sejenis pepejal yang mudah larut apabila terkena air jadi kesannya mudah hilang.

#3 Sembur pencair pencuci pinggan

Selain itu, korang juga boleh gunakan pencair pencuci pinggan pada kawasan yang lembab.

Caranya adalah sediakan botol handspray dan bancur pencuci pinggan kemudian semburkan di,kawasan yang sepatutnya.

Korang juga boleh sembur secara terus pada lipan, kerana lipan yang terkena semburan ini akan mati apabila air sabun mula kering pada badannya.

#4 Buat pemeriksaan kawalan serangga

Foto: Twitter Naim

Untuk lebih mudah korang juga boleh panggil pakar kawalan serangga untuk membuat pemeriksaan berkala di rumah.

Ini kerana, sekiranya terdapat haiwan perosak di rumah, mereka akan membuat semburan beracun bagi menghapuskan masalah haiwan perosak.

Menurut Naim, apabila haiwan perosak lalu di kawasan semburan beracun ia akan menyebabkan mereka mati.

Menjengah ke ruang balas, ramai yang turut berkongsi tips dan juga pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan haiwan perosak di rumah.

“Saya pernah kena sengat lipan bara. Dia duduk dihujung kaki seluar. Masa nak pakai kena sengat dekat tapak kaki.. memang mengigil kaki rasa ngilu sampai peha. Pergi hospital kena cucuk bagi hilang rasa sakit. Seminggu lepastu gatal sangat tempat kena sengat,” komen Nurul Izzah.

“Saya pernah tuang sikit pembersih mulut atas lipan. Berkesan. Tak tahu pula pencuci pinggan pun boleh”

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

4 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

8 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

8 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

9 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

9 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

9 hours ago