Membimbangkan! Ini Yang Akan Berlaku Sekiranya Internet Tiba-Tiba ‘Mati’ Di Seluruh Dunia

Sudah menjadi suatu normalisasi untuk manusia pada masa kini menggunakan gajet seperti telefon pintar, komputer riba atau tablet yang sentiasa disambungkan dengan rangkain internet.

Rangkaian internet yang mula dikomersialkan sekitar 33 tahun dahulu telah mengubah norma masyarakat dunia dalam pelbagai sudut.

Tidak dinafikan, rangkaian ini sememangnya memberi pelbagai kebaikan dan juga keburukan bergantung kepada individu yang menggunakannya.

Pun begitu, pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku sekiranya rangkaian internet di seluruh dunia termati untuk jangka masa yang panjang pada zaman kemajuan teknologi ini.

Berikut kami kongsikan kesannya mengikut kajian BBC Science Focus:

Selepas satu hari tiada internet

Pada akhir hari pertama tiada internet, syarikat terkemuka seperti Facebook dan Google akan kerugian lebih daripada 300 juta pound bersamaan RM1.7 bilion dalam pendapatan iklan mereka.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Kebanyakan perniagaan lain juga akan terhenti dan mengalami kerugian kerana perbankan, rangkaian telefon mudah alih semuanya bergantung kepada internet untuk berfungsi.

Ini membuktikan ketiadaan internet dalam jangka masa hanya satu hari sahaja sudah cukup untuk menjatuhkan ekonomi di seluruh dunia.

Selepas seminggu tiada internet

Sekarang apa pula yang akan berlaku sekiranya internet mati untuk jangka waktu seminggu? Yang sehari pun dah cukup memeningkan kepala.

Jika seminggu pula, Grid tenaga moden di seluruh dunia akan menjadi tidak seimbang dan gangguan seperti ketiadaan elektrik akan berlaku di seluruh dunia.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Freepik/Pexabay)

Hal ini kerana, Grid tenaga moden bergantung kepada internet untuk mengkoordinasikan loji-loji kuasa dan stesen elektrik.

Gas paip yang kebanyakan digunakan di negara Eropah juga akan ditutup kerana ia bergantung sepenuhnya kepada tenaga dan internet.

Selepas sebulan tiada internet

Stesen minyak menggunakan elektrik untuk ‘pump’ bahan api, dan ia memerlukan sambungan internet untuk memantau tahap tangki.

Selain itu, ketiadaan internet juga akan menjejaskan proses transaksi jual beli antara stesen minyak dan juga pelanggan.

Bahan api sememangnya penting untuk kenderaan, maka pasar raya pula tidak akan dapat menjalankan perniagaan mereka kerana tidak boleh menghantar atau menerima stok.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexabay)

Perkara ini akan menyebabkan berlakunya rusuhan secara besar-besaran dari orang ramai yang berada dalam keadaan terdesak.

Lebih menakutkan, pihak berkuasa juga tidak lagi berupaya menghalang rusuhan kerana mereka turut terkesan dengan ketiadaan bahan api. Kereta polis, trak bomba atau tentera semuanya perlukan minyak untuk bergerak.

Kereta-kereta elektrik juga akan terkesan kerana mereka memerlukan internet untuk mengecas kenderaan dengan penggunakan stesen pengecasan.

Selepas setahun tiada internet

Di dunia yang telah pesat berkembang, kebanyakan negara akan mewujudkan semula rangkaian telefon bawah tanah seperti zaman dahulu untuk membina semula masyarakat.

Ekonomi pertanian asas di kebanyakan negara juga akan kembali demi meningkatkan semua sumber makanan yang terjejas.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Apa yang lebih mengerikan, dijangka bilangan kematian akibat kelaparan, sejuk, dan ketidakstabilan dianggarkan mencapai satu billion di seluruh dunia.

Secara ringkasnya, pada ketika ini ekonomi global akan kembali ke tahap tahun 1930-an.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 mins ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

20 mins ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

31 mins ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 hour ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 hours ago