“Mana Kawan Kami Ni?”

Viral dan menjadi bahan lawak di media sosial, video dua orang lelaki secara tidak sengaja tertinggal rakannya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai, Perak malam tadi.

Mohd Shaheed Mohd Annuar, 33, berkata, ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas memancing di Royal Belum di Gerik, Perak, Isnin lalu.

Jelasnya, sepanjang perjalanan hanya dia seorang tidur di tempat duduk belakang dan kemudiannya bangun sebaik mereka berhenti di R&R berkenaan, kira-kira pukul 11 malam.

“Masa nak pergi ke tandas, seorang rakan dah keluar dari kereta dan seorang lagi dalam keadaan mamai sebab mengantuk. Lepas buang air kecil, saya kembali ke tempat letak kereta, tapi mereka dah tak ada.

“Ingatkan mereka bergurau pergi ‘parking’ kereta kat tempat lain sebab perangai mereka memang ‘gila-gila’. Tapi dah setengah jam masih tak jumpa. Sah kena tinggal! Habislah… dompet dan telefon bimbit pula tertinggal dalam kereta,” katanya ketika dihubungi.

Dia kemudian cuba mendapatkan bantuan orang awam di kawasan R&R berkenaan.

“Nak ‘call’ rakan saya tu pun tak ingat nombor telefon mereka. Yang ingat hanya nombor telefon isteri, saya cuba dapatkan bantuan untuk pinjamkan telefon.

“Sampai 10 orang saya tanya barulah ada yang sudi membantu. Isteri saya kemudian menghubungi rakan saya menerusi ‘Facebook Messenger’ untuk memaklumkan kepada rakan yang saya tertinggal.

“Dah nasib kena tinggal sehelai sepinggang dengan kawan-kawan yang ‘gila-gila’ kat R&R. Dua jam jugalah kena tunggu mereka datang balik,” katanya sambil menambah dia menganggapnya sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Sementara itu, salah seorang daripada dua rakannya, Khairul Amali Jamaludin, 35, menjelaskan bahawa insiden Mohd Shaheed ‘tertinggal’ itu memang tidak disengajakan.

“Sepanjang perjalanan Shaheed hanya tidur, sebelum tu pun kami dah berhenti di R&R lain, tetapi dia tak bangun pun. Dia seorang di belakang, jadi tak tahu bila pula dia pergi buang air.

“Kami tahu bila isterinya hantar mesej. Ingat nak ambil gambar dia tengah tidur dan hantar kat isterinya, sekali tengok tempat duduk belakang dia tak ada. Masa tu dah lepas Teluk Intan, jauh tu nak patah balik,” katanya secara berseloroh.

Khairul bersama seorang lagi rakan kemudian berpatah balik sejauh lebih kurang 100km dari Sungkai untuk mengambil Mohd Shaheed yang tertinggal di R&R Simpang Pulai.

 

 

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

12 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

13 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

14 hours ago