Pengasas IKEA Meninggal Dunia

Pasti anda pernah berkunjung ke gedung perabot IKEA untuk membeli perabot ataupun makan di café IKEA kan?.

Namun dukacita dimaklumkan pada hari ini, pengasas gedung perabot terkenal Sweden, Ikea, Ingvar Kamprad, meninggal pada Ahad pada usia 91 tahun.

Menurut kenyataan syarikat perabot itu, Kamprad menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediamannya di Smaland, selatan Sweden.

“Warisan beliau akan selalu dikenang buat tahun-tahun akan datang dan visi beliau – untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik untuk lebih ramai orang – akan selalu menjadi panduan dan memberi inspirasi kepada kami,” kata CEO dan Presiden Ikea Group, Jesper Brodin dalam satu kenyataan.

Dilahirkan pada 1926 dalam keluarga pekebun di selatan wilayah Smaland di Sweden, Kamprad mengasaskan syarikat tersebut semasa berusia 17 tahun.

Dia mencatat kejayaan dengan menawarkan harga yang rendah berbanding pesaing-pesaingnya. Walaupun amat kaya dan berjaya, Kamprad terkenal sebagai seorang yang berjimat cermat.

Pada 1973 dia meninggalkan Sweden yang struktur cukai mahal, berhijrah ke Denmark sebelum berpindah ke Switzerland yang cukainya lebih rendah.

Pereka perabot, Jeff Banks berkata, Kamprad telah mengubah ramai orang untuk menyusun perabot di rumah.

“Ramai orang cuba meniru ideanya itu, tetapi tidak berjaya,” jelasnya.

Kamprad beransur-ansur melepaskan pegangan peranan utama di syarikat kepada tiga anak lelakinya bermula tahun 2010 sebelum pulang ke Sweden pada 2014.

 

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

4 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

7 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

9 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

9 hours ago