“Oopsie”- Reaksi Peluncur Ais Hampir Terlucut Baju Ketika Beraksi

Peluncur ais negara Korea Selatan, Yura Min berdepan detik mencemaskan apabila kostum dipakainya nyaris terlucut ketika beraksi pada acara Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan.

Insiden itu berlaku sewaktu atlet itu baru memulakan persembahannya pada Sabtu lepas.

Menerusi video yang dimuat naik, atlet berusia 22 tahun itu dilihat beberapa kali cuba membetulkan bajunya yang agak terdedah di bahagian dada.

Setiap kali dia membuat pusingan bersama pasangan, Alexander Gamelin, Yura kelihatan menarik bajunya ke atas.

Dia yang tenang menghadapi masalah itu berjaya menamatkan persembahan tanpa sebarang kecacatan.

Menerusi kenyataan kepada Detroit Free Press, dia mendedahkan peristiwa itu berlaku kerana masalah cangkuk di bajunya.

“Memang saya takut apabila menyedari cangkuk di belakang baju tercabut ketika sedang beraksi didepan penonton.

“Orang lain mungkin akan berhenti membuat persembahan kalau terjadi perkara sebegini, tapi saya meneruskannya kerana tidak mahu mata ditolak,” katanya.

Malah, dia turut menukar sedikit rutin persembahan asal bagi mengelakkan baju itu terlucut sepenuhnya.

Ramai juga yang memuji tindakan professional Yura untuk meneruskan persembahan.

Bagaimanapun, keputusan juri meletakkan Yura dan pasangannya menduduki tempat kesembilan daripada 10 peserta yang mengambil bahagian.

Sejurus persembahan, Yura menerusi laman Twitter miliknya berterima kasih kepada penonton yang memberi sokongan dan berjanji untuk menempatkan dirinya dalam kelompok teratas apabila bersaing acara individu.-Metro.uk

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

12 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

18 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

18 hours ago