[VIDEO] Orang Utan Nak Merokok Juga

Seekor orang utan di sebuah zoo di Bandung, Indonesia telah dirakam menghisap rokok di kawasan kepungannya, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi orang awam.

AFP melaporkan, video yang dirakam pada Ahad lalu itu menunjukkan haiwan tersebut mengutip sebatang rokok yang sengaja dicampak ke dalam kawasan kepungannya oleh seorang pengunjung, dan kemudian mamalia itu menghisapnya seperti sudah biasa dengan tabiat itu.

Aksi orang utan berusia 22 tahun bernama Ozon itu begitu cepat menjadi tular di republik berkenaan.

Itu bukan kali pertama orang utan dilihat cuba menghisap rokok di Indonesia – iaitu sebuah negara yang mempunyai rekod buruk dalam hal perlindungan haiwan.

Pada 2012, seekor mawas di sebuah zoo lain menjadi ‘penagih’ nikotin selepas sering mengutip puntung rokok yang ditemuinya.

Jurucakap Zoo Bandung, Sulhan, pada Rabu berkata, insiden itu amat dikesali.

Tambahnya, memang terdapat petugas zoo yang mengawasi setiap kawasan kepungan haiwan, namun ketika itu dia terpaksa meninggalkan seketika kerana perlu ke tandas.

“Sebenarnya terdapat papan tanda amaran di zoo yang melarang pengunjung memberi makanan atau rokok kepada haiwan,” ujar Sulhan.

Para aktivis hak haiwan mengutuk tindakan pengunjung berkenaan, serta menegaskan tentang kelemahan sistem pengurusan zoo di Indonesia.

Ini termasuk hal menjaga kebersihan, kawalan keselamatan, pengurusan pemakanan dan penyediaan kawasan yang kondusif.

Tahun lalu, para aktivis mendesak penutupan Zoo Bandung selepas sekumpulan beruang matahari dilihat meminta makanan dari pengunjung selain memakan najis sendiri.

Sumber : Awani

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

22 mins ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

25 mins ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

2 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

2 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago