Kes Bawa Anjing Dalam Troli Masih Berlaku

Malaysia merupakan negara majmuk, rakyatnya hidup berbilang bangsa dan agama, semuanya hidup harmoni bersama, kalau ada sikit-sikit ianya tidak lebih seperti sekadar usik-usik seperti dengan adik beradik sendiri.

Dalam hidup bermasyarakat kita hasruslah saling memahami, bertolak ansur, jangan bila terjadi sesuatu terus ditunding jari kepada sesuatu kaum dan agama, kerana kaum dan agama tidak sesekali bersalah melainkan sikap individu itu sendiri.

Isu anjing diletakkan di dalam troli bukanlah isu baru, ianya sering terjadi sebelum ini, namun selepas lama tidak mendengar ianya terjadi lagi baru-baru ini.

Terbaru, kejadian berlaku di sebuah pusat membeli belah di Melaka, seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Majid telah memuatnaik status berkenaan, beliau memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan seorang wanita berdiri dengan seekor anjing pula berada di dalam troli.

Menurut Firdaus, anjing yang diletakkan di dalam troili itu telah kencing menyebabkan suami kepada wanita di dalam gambar berkenaan bertindak mengelap kencing anjingnya itu dengan tisu tandas.

Menyedari keadaan ini isterinya telah pergi ke kaunter pihak pusat membeli belah berkenaan untuk meminta mereka menyamak troli tersebut kerana bimbang ada orang lain menggunakannya pula.

“Saya tidak sempat untuk tegur pasangan itu, ketika kejadian ramai orang lalu lalang kerana berada di sebelah tandas, semua yang melihat termasuk dari orang Melayu sendiri buat tak tahu sahaja,” katanya kecewa dengan sikap masyarakat.

Selepas menghubungi pihak pusat membeli belah, mereka telah menghantar dua orang ‘incharge’ untuk mengambil troli berkenaan untuk di sertu.

“Alhamdulillah, ‘person incharge’ hadir dan bertindak, tujuan saya muatnaik pos ini bukan bermotifkan perkauman, tapi marah dengan tindakan pasangan ini dan orang awam. Bayangkan kalau ada orang letak baby mereka dalam troli berkenaan selepas itu, baby itu terpegang najis dan hisap-hisap jari, tambah sadis kalau mak ayah mereka pula kemam jari anak itu.”

“Sebab itu kami ambil inisiatif jaga troli itu sampai selesai semua urusan, peringantan kepada semua, baik Malayu, Cina, India dan lain-lain, janganlah sibuk sangat main telefon sampai sanggup butakan mata dalam hal begini, dah nampak tapi senyap pergi macam itu saja,” tulis beliau.

Sumber : Facebook Firdaus Majid

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

22 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

30 mins ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

2 hours ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

3 hours ago