Rakyat Malaysia Bersatu di Twitter Menggunakan Hashtag #carpoolGE14, #PulangMengundi

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) semalam membuat kejutan apabila mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke-14 jatuh pada Rabu, 9 Mei 2018. Keputusan menetapkan hari bekerja sebagai hari membuang undi menjadikan ramai pengundi tidak mampu menanggung kos balik kampung menunaikan tanggungjawab.

Tidak mengenepikan masalah itu sebagai punca berkurangnya pengundi keluar mengundi, warga Twitter mempunyai cara tersendiri bagi menangani isu berkenaan.

Pengguna Twitter yang prihatin dengan pengundi yang kurang berkemampuan pulang mengundi membuat akaun Twitter CarpoolGE14 dan Pulang Mengundi bagi memudahkan sesama sendiri mencari rakan senasib sekaligus mengurangkan beban kos ditanggung.

Kedua-dua akaun tersebut mengepos semula (Retweet) pos pengguna yang mencari rakan untuk pulang bersama-sama dengan syarat berkongsi kos petrol dan tol. Malahan, ada juga pengguna yang sanggup menumpangkan secara percuma tanpa mengenakan sebarang bayaran asalkan masing-masing keluar mengundi.

Bukan sekadar akaun Twitter, pengguna media sosial itu juga turut menggunakan hashtag #carpoolGE14 dan #pulangmengundi bagi memudahkan pencarian pemandu atau rakan penumpang bagi pulang ke kampung. Perincian seperti tempat asal, destinasi, tarikh, masa bertolak dan tempat pertemuan turut disertakan bagi melicinkan proses.

Apa yang lebih mengharukan, ada sebilangan netizen bermurah hati menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi mereka yang layak mengundi namun tidak mempunyai tahap kewangan kukuh. Majoritinya memfokuskan bantuan kepada golongan pelajar yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi memberi bantuan ini.

Untuk mengelakkan unsur penipuan, slip pendaftaran pengundi dan resit tiket diminta sebagai bukti sebelum bantuan disalurkan.

Sumber : Twitter, OhBulan

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

2 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

3 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

4 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago