“Adakah Forbes Tahu Maksud Sebenar Berjaya Atas Usaha Sendiri?”

Majalah Forbes menerima kritikan hebat apabila menamakan bintang realiti Kylie Jenner sebagai usahawan yang berjaya atas usaha sendiri pada muka depan isu terbaharunya.

Daily Mail melaporkan Forbes turut melabel Kylie sebagai ratu kosmetik dan pada usia 21 tahun dia adalah usahawan paling muda berjaya atas kakinya sendiri.

Forbes turut melaporkan Kylie mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$900 juta (RM3.6 bilion) hasil daripada kejayaan barangan solekan keluarannya.

Ramai menyelar kenyataan itu kerana umum mengetahui Kylie kejayaannya itu bukan kerana atas usahanya tetapi bertunjangkan kepada latar belakang keluarganya yang terkenal dan kaya.

“Adakah Forbes tahu maksud sebenar ‘berjaya atas usaha sendiri?’ kerana nampaknya itu bukan kesnya dalam kejayaan Kylie.

“Atas usaha sendiri? Biar betul! Memang mudah untuk anda jadi seorang jutawan jika keluarga anda juga hartawan. Itu dipanggil kekayaan turun temurun dan nepotism.

“Macam Oprah Winfrey, dibesarkan di sebuah ladang di Missisippi oleh neneknya dalam keadaan miskin sehingga berjaya… Itu baru atas usaha sendiri,” antara komen pengguna Twitter.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

37 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

1 hour ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

6 hours ago