fbpx
Now Reading
Lagu Tomok Beri Kesan Pada Bekas ‘Mak Nyah’

Lagu Tomok Beri Kesan Pada Bekas ‘Mak Nyah’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tindakan penyanyi Tomok menggayakan pakaian perempuan dalam muzik video terbarunya menerima pelbagai kecaman dan para agamawan turut menyifatkan perbuatan itu tetap salah walaupun niat untuk berdakwah.

BACA : Nak Tahu Kenapa Tomok Jadi ‘Perempuan’, Tengok Video Ni Dulu

Bagaimanapun, Tomok meluahkan rasa syukur apabila muzik videonya itu memberi impak posifif kepada segelintir peminatnya. Menerusi Instagram, Tomok berkongsikan komen yang diterima dari seorang peminat yang mengakui terkesan dengan jalan penceritaan muzik video single terbarunya berjudul Bekas Kekasih.

Individu tersebut memberitahu jalan cerita lagu tersebut hampir sama dengan kisah silamnya yang pernah menjadi seorang maknyah tiga tahun lalu dan mengakui menyesal diatas tindakannya yang memilih jalan songsang.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji muzik video tersebut yang sarat dengan mesej dan berjaya menyampaikan dakwah secara halus. Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan agar golongan tersebut akan berubah dan bertaubat.

Kredit : Rotikaya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.