Video Ibu Ashraf Memanggil Untuk Pulang Undang Sebak Netizen

Kehilangan salah seorang peserta larian denai di Gua Tempurung, Gopeng, Perak, Mohammad Ashraf Hassan masih menjadi misteri hingga hari ini. Meskipun, sudah pelbagai usaha dilakukan beberapa pihak untuk mencari Acap yang dikatakan disorok makhluk halus, namun, masih lagi gagal menjejakinya.

Hari ini telah gelap sepuluh hari kehilangan Acap dan usaha pencarian juga disertai keluarga. Menerusi video yang dimuatnaik abang kandung mangsa, menyaksikan rintihan ibunya yang mengharapkan Acap pulang segera memang undang sebak.

Pelbagai usaha telah dijalankan namun sehingga kini semuanya menemui jalan buntu. Video yang dimuatnaik abang kandung mangsa, Denny Lang ini telah mendapat perkongsian sebanyak 11ribu di laman Facebook.

Rata-rata netizen mendoakan dan mengharapkan pemuda larian denai itu dapat pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga. Video ini telah mengundang sebak dalam menyaksikan rintihan seorang ibu yang sanggup ke lokasi kejadian dan memanggil nama anaknya untuk pulang.

Sebelum ini telah dilakukan pelbagai usaha untuk menjejak Acap termasuk doa selamat, berziki, bacaan Yassin dan solat hajat selain usaha mengesan lokasi kehilangan Acap.

Ibu beliau juga sebelum ini pernah mendaki Puncak Bukit Batu Putih Gopeng semasa misi pencarian dijalankan.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam skala kecil. Semoga pencarian mangsa dipermudahkan dan berjaya menjejak kehilangan Acap.

Sumber: Denny Lang

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

18 mins ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

3 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

4 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

5 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago