“Bila Orang Malaysia Meniaga Tepi Jalan Habis Kene Sita!”

Jika kita pergi mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam Malaysia, sudah pasti akan bertemu dengan pelancong daripada negara luar. Kehadiran mereka daripada pelbagai negara sebenarnya bagus kerana mampu merancakkan lagi industri pelancongan.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini sudah terlalu ramai pelancong yang datang ke Malaysia secara backpacker dan aktiviti mereka semakin membimbangkan.

Menerusi satu muat naik daripada akaun Michael Quay, dia telah memberitahu bahawa para pelancong berkulit putih di Jonker Street Melaka telah melakukan aktiviti perniagaan secara haram.

Mereka telah duduk di kaki lima sambil menjual kraf-kraf tangan dan situasi tersebut sangat menggangu pemandangan kawasan tumpuan pelancong itu.

Tambahnya lagi, para pelancong tersebut berniaga tanpa ada sebarang lesen dan juga permit perniagaan.

Michael juga turut berkongsi perbualannya bersama seorang pemandu teksi yang mendakwa pelancong-pelancong itu bertindak agresif apabila pemandu itu memintanya berpakaian sopan semasa bulan Ramadan.

Apabila Michael ingin mengambil gambar mereka semua semasa sedang berniaga di kaki lima, salah seorang daripada pelancong tersebut mula bertindak agresif . Mereka juga turut mengugut akan membuang telefon pintar  Michael ke sungai jika terus mengambil video .

Tidak lama selepas itu datang seorang lelaki meminta jangan menggangu pelancong-pelancong tersebut. Dia juga memperkenalkan diri sebagai orang yang berkepentingan dan bergelar Datuk.

Kehadiran pelancong yang berniaga dikaki lima ini betul-betul menggangu peniaga tempatan untuk berniaga produk mereka. Michael turut menyarankan agar pihak-pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran dan juga pihak polis mengambil serius perkara tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berang dan menyokong tindakan pemilik akaun Facebook ini menularkan keadaan tersebut.

 

 

 

Sumber : Michael Quay

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

3 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

6 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

9 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

9 hours ago