‘Bubble Tea’ Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia, Tapi Halal ke Tidak?

Di laman Instagram dan juga Twitter, fenomena minuman viral ‘Bubble Tea‘ semakin mendapat perhatian. Satu demi satu rangkaian kedai minuman tersebut yang terdiri daripada pelbagai jenama, tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Namun di sebalik tularnya minuman ini, baru-baru ini kecoh di laman Facebook apabila seorang pengguna telah mempersoalkan status halal rangkaian kedai minuman seperti The Alley dan juga Xin Fu Tang.

Pengguna Facebook Siti Mariam Zainon melalui statusnya, telah menggesa peminat minuman tersebut khususnya umat Islam untuk berhenti mengunjungi kedai itu, sehingga kesahihan status halalnya terjamin.

Disebabkan saya teringin sangat nak minum, tapi hati rasa ragu-ragu, terus saya cek status halal minuman ni. Yang The Alley tu dalam proses halal JAKIM. Nanti dah dapat sijil boleh beratur beli.


Tapi yang Xing Fu Tang tak ada sijil halal. Orang ramai bertanya dekat IG pon, dia tak jawab.
Air yang ni sah2 nama Cina, kedai pon fullytulisan Cina.

Status‘ tersebut juga mempersoalkan tentang bagaimana para pengguna yang lain cukup yakin akan status halal minuman tersebut, hanya para selebriti dan juga ‘instafamous‘ membeli minuman ini.

Dia turut menegaskan jenama minuman Xing Fu Tang perlu peka dalam menerangkan atau memberi amaran berkaitan status halal minuman tersebut.

Muat naik tersebut juga mendapat perhatian segelintir pihak yang mendakwa Xin Fu Tang telah menerima sijil halal dari ‘Taiwan Halal Integrity Development Association’ (THIDA).

Namun begitu, pengiktirafan halal dari THIDA dikatakan tidak sah digunakan di Malaysia.

Dalam pada itu, jenama minuman ‘The Alley‘ mengambil langkah awal dengan memuat naik status halal minuman, menerusi laman Instagramnya.

Menurut The Alley, mereka masih dalam proses mendapatkan sijil halal daripada JAKIM.

Muat naik ‘status‘ ini telah mendapat 2,500 komen serta 5,800 perkongsian oleh pengguna laman Facebook yang prihatin.

Diharap pihak Jakim dapat memberi pencerahan mengenai status halal minuman yang disukai ramai itu.

Sumber: Siti Mariam Zainon. 

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

4 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

6 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

7 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

10 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

10 hours ago