“Sebagai adik, saya sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya” – Azwan Ali

Setelah sekian lama bersengketa, sempena bulan Syawal yang mulia ini, Azwan Ali tampil memohon maaf kepada abangnya, Azmin Ali. Kerelaa hati untuk memohon maaf itu terdorong apabila mengenangkan didikan arwah ibu bapa mereka dan Azmin sebagai abang kandungnya.

“Peminat ada tanya saya tak nak berbaik ke dengan Azmin sempena Hari Raya kali ini. Banyak kali juga mereka tanya sampailah dah raya sekarang. Di hari bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia”

“Kalau dia baca artikel ini, saya nak cakap, Min selama ini aku banyak buat salah, buat dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf pada kau Min. Sebelum ini begitu keras hati, tapi orang tak tahu apa yang dilalui kami adik beradik”

“Saya akui banyak berbuat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya. Sebab bila fikir balik bila nak berakhirnya macam ni. Walaupun kami berbeza pendapat tapi adik beradik kan”

Azwan yang berhijrah ke London sejak Febuari lalu berkata, beliau dengan hati terbuka mahu bertemu dengan Azmin jika abangnya itu sudi berjumpa dengannya untuk memohon maaf dan bersalaman.

“Saya tahu dia sibuk. Cukup lah permohonan maaf saya secara terbuka ini dapat dibacanya. Tapi sekiranya saya pulang ke Malaysia dan ketika itu Allah lembutkan hati dia untuk berjumpa saya, saya sedia dengan hati terbuka,” jelasnya.

Kami harapkan niat murni Azwan untuk berbaik semula dengan abangnya dipermudahkan, apalagi pada ketika ini kontroversi panas melanda keluarganya. Pasti Azmin amat memerlukan sokongan keluarga tercinta. 

SUMBER : M STAR ONLINE

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

1 hour ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

3 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

3 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago