“Jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda” – isteri Sultan Kelantan

Selepas melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 Mei 2019, isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Oksana Voevodina dilihat semakin anggun apabila  memuat naik gambar semasa memberi ucapan hari raya di Instagram miliknya.

Kehadiran cahaya mata pertama Oksana Voevodina dan Sultan Kelantan disambut dengan penuh kesyukuran oleh bekas ratu cantik Rusia ini yang menyifatkan bahawa Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra sebagai satu rahmat buat dirinya.

Semalam, Oksana yang kini menggunakan nama Rihana Petra di Instagram telah menarik perhatian netizen kerana memuat naik kapsyen Instagram miliknya dalam bahasa Melayu. Perkara tersebut adalah pertama kali dilakukan selepas bergelar isteri kepada sultan kesayangan ramai.

Menerusi muat naik tersebut, isteri Sultan Kelantan ini telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada warganet yang meninggalkan komen-komen positif kepadanya. Oksana turut memberitahu sedang hidup bahagia di samping seorang lelaki yang disayangi dan anak mereka yang baru dilahirkan.

“Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua.”

“Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago