Pagi ini sekali lagi netizen dikejutkan dengan penyebaran foto tidak senonoh lelaki yang didakwa mirip dengan pendakwah terkenal, PU Rizz.
Dua keping gambar disebarkan melalui laman sosial Twitter menunjukkan seorang lelaki sedang berswafoto di dalam sebuah bilik mandi sambil memegang kemaluannya.
Tampil membersihkan namanya daripada isu yang memalukan ini, PU Rizz menafikan foto panas itu adalah dirinya seperti yang didakwa netizen. Kesal dengan tuduhan tidak berasas berkenaan yang mencalarkan imejnya, PU Rizz berkata dia sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Jelas PU Rizz, sebelum foto itu tersebar, dia ada menerima mesej berbaur ugutan pada malam Isnin (semalam) daripada individu yang tidak dikenali yang meminta sejumlah wang daripadanya. Tidak mustahil, ia mungkin berkaitan dengan penyebaran foto tersebut.
Itu bukan saya! Saya terkejut apabila mengetahui mengenai foto lucah yang menampakkan alat sulit pagi ini. Saya sudah buat laporan polis.
Malam tadi ada orang mesej saya minta duit, dia siap buat ugutan. Tapi saya abaikan sahaja mesej individu itu. Pagi ini saya terkejut apabila tiba-tiba timbul foto lucah. Kerana itu juga saya buat laporan polis kerana lelaki itu berniat jahat terhadap saya.
Penyebaran foto atau video panas mirip selebriti semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Memang ramai yang jadi mangsa.
Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…
Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.