Ini Penjelasan PU Abu Tentang Konflik Rumah Tangganya

Pendakwah bebas, PU Abu Sufyan akui berdepan konflik kecil dengan isteri barunya, Hana Azraa baru-baru ini.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/07/09/isteri-pu-abu-dedah-tidak-lagi-tinggal-sebumbung-bakal-bercerai/

Bagaimanapun, jelas PU Abu hubungan mereka masih baik dan menafikan dakwaan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

“Hubungan saya dengan isteri saya, Hana Azraa masih baik-baik saja, masih okey dan kami masih tinggal sebumbung. 

“Spekulasi yang berlaku baru-baru ini hanyalah konflik kecil sahaja, biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakan pula kusyen dengan sofa. 

“Kepada netizen mohon doakan yang baik-baik supaya kami boleh hidup dalam keadaan baik dan harmoni,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Instagramnya malam tadi.

PU Abu juga dalam pada itu menasihati semua pihak agar berhenti membuat sebarang spekulasi susulan berhubung isu rumah tangganya yang sedang hangat diperkatakan.

“Kepada sesiapa yang tak tahu asal-usul cerita A sampai Z lebih baik diam atau tak ulas apa-apa sebab kalau kita cakap pasal benda tu dan tak betul boleh jadi fitnah!

“Kalau betul pun boleh jadi mengumpat! Lebih baik diam daripada kita cakap benda tak baik pasal orang, lebih baik doa yang baik- baik. 

“Kalau kita dengan Tuhan boleh minta ampun secara terus tetapi kalau dengan manusia kita kena cari dia di padang mahsyar untuk minta maaf dengan dia,” pesannya.

Terdahulu, isteri baru PU Abu, Hana Azraa mendedahkan rumah tangga mereka kini dilanda badai dan bakal bercerai.

Dakwa Hana, mereka sudah tinggal berasingan di Kuala Lumpur dan Kedah.

Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang merupakan seorang janda.

PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac menerusi aplikasi WhatsApp.

Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak kedua pada 16 Mei lalu.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun lalu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

29 mins ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

33 mins ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

2 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

2 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago