Datuk Bandar Diikat Penduduk Kerana Janji Janji Palsu

Datuk bandar adalah pegawai atau ketua pentadbir di sebuah kawasan yang bersatus bandar atau bandaraya. Kat Malaysia selain Datuk Bandar, ketua pentadbir turut digelar Presiden (Putrajaya) dan ada juga yang digelar Pengerusi (Labuan). Walau apa pun panggilan untuk jawatan mereka, fungsinya tetap sama.

Nak tengok kewibawaan Datuk Bandar? Tengok kawasan seliaannya. Macam bandar-bandar di Malaysia, Datuk bandar kita kebanyakan boleh dikatakan menjalankan tugas dengam baik. Tengoklah hasilnya, bandar-bandar kita tersergam indah, bersih dan dijaga rapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang di bawah seliaan mereka.

Namun lain ceritanya di Mexico, apabila seorang Datuk Bandar di negeri Chiapas diikat pada sebatang  tiang oleh penduduk tempatan,  gara-gara tidak mengotakan janji-janji yang dia buat sewaktu berkempen pada pilihan raya lalu.

Difahamkan kejadia berlaku sewaktu Datuk Bandar Siltepec, Pedro Damian Gonzalez Arriaga mengadakan lawatan kerja ke sebuah pekan,  La Laguna. Penduduk yang pada mulanya  hadir bertemu beliau secara aman bagi memohon peruntukan bagi membaiki jaringan jalan raya di bandar berkenaan,sepanjang 2km bertukar berang  setelah permintaan mereka ditolak oleh Ariagga dengan alasan ketidakseimbangan bajet  dan hanya akan membaiki 1 km jalan sahaja dahulu.

Kemarahan mereka  tidak dapat redakan walaupun Ariagga berjanji akan mendapatkan lebih peruntukan menyebabkan mereka nekad mengikat ahli politik tersebut  dan lantas membotakkan kepalanya.

Menurut media , penduduk tempatan merasakan mereka sudah tertipu dengan segala manifesto dan janji Ariagga, malah dia turut membazirkan wang rakyat untuk menghias pejabatnya .

Antara kawasan di Siltepec . Imej dari Youtube

Arriaga sebelum ini telah mengeluarkan manifesto yang diantaranya akan memperbaiki sistem pengangkutan awan bandar berkenaan serta beberapa lagi projek berkepentingan awam dalam kempen pilihanrayanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 mins ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

17 mins ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

17 mins ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

56 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

3 hours ago