Pemuda Kongsi Kisah Ditipu Harga Gas LPG – Ini Cara Buat Aduan Ke Pihak Berkuasa

Isu mengenai peniaga yang menaikkan harga barangan seperti gas memasak iaitu Gas Petrolem Cecair (LPG) memang kerap kita dengari. Cerita demi cerita timbul namun masih ada segelintir peniaga yang masih berani kerana kebanyakan pengguna tidak mengetahui harga runcit yang telah ditetapkan

Baru baru ini tular di Facebook mengenai seorang pemuda, Mohd Rizal Razak menerusi posting nya telah berkongsi mengenai pengalaman dia membeli gas memasak LPG berdekatan dengan rumahnya yang sedikit mahal dari harga kawalan di Serdang, Selangor.

Tindakan Rizal  menegakkan haknya sebagai seorang pengguna harus di contohi, namun tak semua orang berani bersuara seperti dia lagi-lagi perempuan ataupun budak kecik.

Ini harga gas memasak yang dah ditetapkan kerajaan.

Jadi sebagai seorang pengguna apa lagi yang boleh kita lakukan? Buat Aduan ke pihak berwajib!

Kat sini kami nak tunjuk anda cara terbaik bagi membuat aduan, biar mereka tahu kuasa pengguna seperti kita! Dan yang paling penting, identiti anda sebagai pengadu akan dirahsiakan, erti lain nya anda selamatlah!

Aduan boleh dilakukan melalui pelbagai cara . Pihak KPDNHEP sendiri ada berkongsikan maklumat mengenai saluran-saluran aduan yang boleh anda gunakan.

Apa-apa pun pastikan anda :

  1. Simpan resit ( sebaiknya ambil gambar dengan jelas dan terang)
  2. Dapatkan nama kedai/premis dan alamat nya.
  3. Kalau ada label harga , ambil sekali gambar label harga bersama produk
  4. Rekodkan tarikh dan waktu anda membuat pembelian.

Setelah lengkap semua ni. boleh la buat aduan. Tapi kat mana?

Kalau anda rasa agak leceh nak buat surat, whatsapp pulak takut beribu orang yg guna , nak pergi sendiri ke bilik gerakan lagi lah tak de masa kan? Anda boleh guna portal e-aduan atau pun aplikasi Ez Adu KPDNKK di Playstore dan Appstore.

CARA MENGGUNAKAN E-ADUAN (website)

1)Klik pada pautan e-aduan

2)Tekan Log masuk dan sila log masuk . Since ramai yang 1st time , klik pada Daftar Pengguna Baru dan lengkapkan pendaftaran anda . Kemudian tekan Daftar

3) Anda akan dibawa masuk ke ruangan Dashboard.

Klik Pada +Aduan Baru (warna merah ada simbol tambah tu)

4) Anda akan di bawa kesini, Tab Ruangan aduan.

Isi Maklumat Aduan. Untuk membuat aduan contohnya kalau harga barang korang beli tu mahal  sila pilih Kategori Aduan > Harga dan Subkategori> Harga Mahal . Tapi kalau anda nak report benda lain, pilih yang bersesuaian. Tuliskan sekali nama dan alamat premis yang anda dah simpan tadi. Pastikan anda isi ruangan yang ada tanda bintang merah tu! Kalau selesai klik Simpan & Seterusnya. Anda akan di bawa ke bahagian lampiran

5) Klik pada ‘+ Lampiran‘ yang kami da bulatkan di bawah.

Muat naik segala gambar yang korang dah amik seperti resit, label harga dengan gambar produk. 2-3 dah cukup. Caranya pilih fail, dan tekan tambah. Ulang sampai semua lampiran dah dimuat naik. Pastikan setiap gamba korang tak lebih 2MB . Selesai je muat naik lampiran tekan simpan dan seterusnya . Lepas tekan anda akan di bawa ke Semakan Aduan. Contoh macam kat bawah ni.

6) Tab Semakan Aduan

Anda sekarang dekat tab semakan aduan. So kena semak lah! Semak dan pastikan info anda tepat. Kalau maklumat silap atau tak tepat, klik butang sebelum dan edit balik tapi kalau anda merasakan semua dah ok klik terus butang hantar. Nanti akan keluar pop-up – Gambar emoticon macam bawah ni.

Pilih gambar yang senyum tu la kalau boleh. Pilih molek molek sebab dorang dah buat platform bagus untuk korang buat aduankan? Pastu klik hantar!

Tahniah! Anda telah berjaya membuat aduan. Jadilah pengguna yang bijak!

p/s : Kami tak ada kaitan dengan KPDNHEP, cuma nak kongsi apa yang kami tau .

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

3 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

7 hours ago