Anda Memandu? Pastikan anda Tahu 6 Cara Untuk Periksa Sistem Brek Kalau Nak Selamat

Tahukah anda 22% kemalangan jalan raya  adalah disebabkan sistem brek dan pad brek(brake pad) yang gagal berfungsi sewaktu kecemasan. Walaupun rata-rata pemandu tahu yang brek ada lah komponen terpenting yang digunakan untuk menghentikan kenderaan yang bergerak, namun masih ramai yang terlepas pandang dan memandang ringal hal penjagaan brek ini.

Sikap sebegini  sebenarnya bukan sahaja akan membahayakan nyawa pemandu dan penumpang ,malahan nyawa pengguna jalanraya yang  lain. Jadi bagi mereka yang terpanggil untuk membaca artikel ini, tahniah kami ucapkan! Anda memang seorang pengguna jalan raya yang bertanggung jawab dan terbukti  seorang pemandu yang sayangkan nyawa .

Jadi di bawah ini ,kami senaraikan  panduan untuk mengetahui,mengawasi dan menjaga sistem brek serta brake pad anda yang telah dikongsikan oleh sebuah bengkel kenderaan untuk bacaan anda. Bagi yang dah tahu apa kata bantu sebarkan, dan bagi yang baru saja tahu apa kata amalkan!

6 CARA UNTUK PERIKSA SISTEM BREK ANDA

#1 PERHATIKAN ‘Brake Warning Lights’ .

Ini adalah petunjuk paling mudah untuk mengetahui sekiranya sistem brek anda mempunyai masalah. Sekiranya lampu ia menyala, periksa sama ada brake pad anda haus/habis atau minyak brek anda berkurangan. Pastikan anda memeriksa jenis minyak brake yg kereta anda gunakan pada penutup tangki minyak brek sebelum menambah atau menukarnya.

#2 UKUR PARAS MINYAK

Periksa paras minyak brek pada reservoir atau ruang isi minyak brek (kebiasaanya lutsinar) di bahagian enjin. Pastikan ianya tidak kurang dari minimum dan sebaiknya sentiasa di paras maximum. Disarankan untuk menambah minyak brek atau bawa ke bengkel untuk proses bleeding sistem brek.

#3 CUBA DENGAR JIKA ADA SEBARANG BUNYI

Cuba dengar jika terdapat bunyi nyaring atau bising ketika menekan brek. Apabila brake pad terlalu nipis melepasi tahap minimum atau tahap selamat, pin indicator pada brake pad akan bergesel dengan disk rotor. Bunyi nyaring yang terhasil dari geseran ini adalah amaran brake pad nipis dan perlu ditukar segera.

#4 ANGGARKAN JARAK DAN MASA

Anggarkan jarak dan masa untuk kenderaan anda berhenti. Jika agak memakan masa atau perlukan jarak yang jauh untuk berhenti, mungkin brek tidak begitu mencengkam. Puncanya mudah, sama adapermukaan brake pad dan brake rotor tidak rata atau terlalu banyak habuk, atau Material brake pad tidak lagi mencengkam atas faktor usia atau brake pad yang dipakai tidak berkualiti. Jika ini yang anda rasa, terus tukar atau servis system brake kenderaan anda kerana ianya sangat berbahaya. Bayangkan keadaan yang bakal anda hadapi jika perlu menekan brek secara tiba-tiba.

#5 RASAKAN STEERING SEMASA MEMBREK

Rasakan jika ada sebarang gegaran pada steering sewaktu menekan brek. Jika bergegar maknanya brake rotor tidak rata, boleh cuba skimmed disc iaitu meratakan semula brake rotor atau jika sudah terlalu nipis, perlu terus tukar.

#6 UJI DENGAN MENEKAN PEDAL BREK SEMASA BERGERAK

Uji dengan menekan pedal brek anda ketika bergerak. Periksa jika anda hanya perlu menekan pedal sedikit atau perlu menginjak dengan lebih dalam untuk berhenti. Jika perlu menginjak kuat, mungkin terdapat udara pada salur minyak brek, atau mungkin juga terdapat kerosakkan pada pedal brake itu sendiri. Sekiranya ada angin, perlu buat proses bleeding semula di bengkel. 

 TIPS MENJAGA BRAKE PAD 
.
✅ Elakkan membuat pecutan pantas dan mengenakan brek dengan pantas untuk mengambil selekoh ala pemandu pelumba rally. Sistem brek pada kereta normal tidak direka untuk pemanduan racing, Ia akan mengurangkan tekanan pada brek akibat salur minyak brek mengembang dan juga brake pad cepat rosak

✅ Sentiasa peka dengan keadaan lalu lintas di hadapan anda. Ia membantu anda mengenakan brek dengan lebih berhemat dan bukannya membrek secara tiba-tiba.

✅ Walaupun brek tidak digunakan, geseran akibat pemanduan laju masih akan menghauskan pad brek kerana ia sentiasa bersentuhan dengan cakera brek.

✅ Servis sistem brek anda dengan pembersih khas supaya ianya sentiasa bersih dan berkilat. Brake pada dan rotor yang bersih akan lebih mencengkam dan jika ada batu pada permukaan brake pad, ianya boleh merosakkan permukaan brake. Kami syorkan pengunaan Liqui Moly Rapid Cleaner (RM 45 sebotol) serta grease semula pada skru-skru brake.

Jadi apa lagi? Periksa sistem brek kenderaan anda sekarang. Manalah tahu sekiranya ia memerlukan penyelenggaraan.  Tak rugi pun jadi pemandu yang bertanggung jawab!

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago