“Raya Lepas Saya Cakap Last Pakai Baju Perempuan…” – Safiey Illias Tunai Janji Pada Hari Raya Aidil Adha

usahawa kosmetik Safiey Illias meluahkan rasa syukur dapat menunaikan janji kepada kedua ibu bapanya dan mejelang Hari Raya Aidil Adha, beliau kelihatan berpakaian lelaki dengan mengenakan jubah dan kopiah.

Menerusi Instagram, Safiey memberitahu raya tahun lalu adalah tahun terakhir dia memakai pakaian wanita. Malah, Safiey turut menyifatkan inilah pengorbanan terbesar dalam hidupnya.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/07/31/safie-illias-kini-tampil-dengan-imej-botak-kerana-tunai-nazar/

Dalam pada itu, Safiey turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya. Safiey berkata dia masih lagi mencari hidayah dan memerlukan ruang untuk berubah.

“Saya tunaikan janji saya. Raya lepas saya cakap last pakai baju perempuan. Hari Raya Qorban saya janji dengan mak dan ayah pakai lelaki. INILAH PENGORBANAN SAYA YANG SGT BESAR.

“Doakan saya yang baik-baik saya sentiasa berdoa dan masih mencari hidayah. Kayuh pelan-pelan, saya tak nak drastik. Saya perlukan ruang. Dua bulan setengah dah pakai laki. Janji Allah sayang, Nabi sayang dan paling penting mak ayah dan keluarga gembira,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa gembira serta memberikan reaksi positif dan kata-kata semangat kepada Safiey untuk kembali ke fitrah asalnya.

Terdahulu, kisah penghijrahan Safiey Ilias menggemparkan Malaysia apabila nekad untuk kembali menjalani fitrah asalnya yakni sebagai seorang lelaki sejati.

Bagaimanapun sekitar Disember 2017,  Safiey mengejutkan ramai pihak apabila kembali tampil berpakaian wanita.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago