Cikgu Cantik Pening Terima Surat ‘Pick-up line’ Daripada Murid

Guru-guru zaman sekarang kebanyakannnya muda-muda dan pandai bergaya sehingga menarik perhatian ramai.

Malah ada dalam kalangan mereka diberi jolokkan cikgu popular yang memiliki ramai pengikut di media sosial.

Terbaharu kisah seorang guru jelita menerima surat cinta daripada pelajarnya menjadi tular di Twitter.

Perkongsian intipati ‘surat cinta’ yang diterima Zulaikha Zulkifle dengan kapsyen ‘Ya Allah, bagilah aku ketabahan’ mendapat 15,300 ulang kicau dan 14,200 tanda suka.

Rata-rata netizen terhibur dengan ayat pickupline anak murid guru tersebut.

Zulaikha ketika dihubungi mStar mendedahkan dia sering kali menerima surat cinta daripada anak muridnya sejak menjalani latihan mengajar di dua sekolah rendah bermula Mac lalu.

“Ini bukan pertama kali dapat, kalau campur dua sekolah total 15 surat. Tapi setiap kali dapat surat cinta saya rasa kelakar dan terharu jugalah sebab murid-murid minat dan suka dengan saya.

Surat tu kelakar. Dia siap sellotape kertas tu jadi panjang. Setiap kali terserempak dengan saya dia akan salam saya dan beri senyuman lebar.

“Saya tak ambil serius pun sebab mereka masih budak-budak lagi dan tak tahu apa-apa. Walaupun ayat murid-murid tu macam kurang sopan tapi mereka masih lagi hormat saya sebagai guru,” katanya.

Namun gadis berusia 20 tahun ini berkata dia amat kagum dengan keberanian salah seorang anak muridnya di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan.

“Surat tu kelakar. Dia siap sellotape kertas tu jadi panjang. Setiap kali terserempak dengan saya dia akan salam saya dan beri senyuman lebar.

“Jumaat 9 Julai adalah last day saya mengajar. Dia datang dan salam saya sebelum balik, lama dia lambai kat saya. Sedih pula nak berpisah dengan dia dan murid-murid lain,” katanya.

Zulaikha yang mengajar mata pelajaran muzik dan seni visual berkata, dia tidak menduga perkongsiannya itu akan mendapat perhatian ramai.

“Saya tak sangka boleh viral. Niat saya sebenarnya nak tunjuk gelagat lucu anak murid saya. Dan sebenarnya mereka ada bakat dalam tulis pantun.

Walaupun berdepan pelbagai karenah anak muridnya, ia tidak melunturkan semangat gadis kelahiran Kajang, Selangor ini untuk menjadi seorang pendidik.

“Saya tak ambil hati. Biasalah budak-budak mereka tahu nak happy-happy dan main je. Lagipun saya memang minat nak jadi cikgu sebab sayang dan suka budak-budak.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

7 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

7 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

7 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

9 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

10 hours ago