Diana Danielle Alami Anxiety Attack ? Kesukaran Bernafas dan Sakit Dada

Diana Danielle semalam menerusi posting di IGTV nya mengongsikan satu video mengenai keadaan kesihatannya sambil menangis teresak-esak  akibat dari masalah gangguan  kebimbangan melampau yang sedang dia hadapi.

Pelakon itu mengakui, serangan keresahan yang sudah berlarutan selama beberapa hari itu menyukarkan dia untuk bernafas dan selain itu turut menyebabkan dada nya terasa sakit.

Dia turut menyatakan yang perkara ini bukan lah satu perkara yang boleh di buat main.

“Keresahan ini bermain dengan emosi, dan saya terlalu letih.

“Kesukaran bernafas untuk tempoh beberapa hari ini membuat saya takut, dada saya sakit kerana rasa terbeban untuk bernafas” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut Diana, dia tidak pernah terfikir untuk memuat naik video yang memperlihatkan  sisi lemahnya tapi demi membuktikan pada semua dan dunia bahawa ‘panic attack’ memang benar wujud maka dia merasakan amat wajar berbuat demikian.

“Saya berkongsi kerana di sini, ia tidak banyak didedahkan dan pada saya ini tidak adil.

“Saya akan bersikap terbuka dan mencuba apa saja solusi yang kalian semua cadangkan” jelas Diana lagi. Dijengah pada ruangan komen , seorang pegawai perubatan yang dikenali sebagai Dr Man,  telah mencadangkan Diana untuk tidak memaksa sistem pernafasannya.

“Alih fokus Diana pada sesuatu perkara yang awak suka, nanti slowly dia akan hilang. Perkara ini berpunca dari otak kita yang dikawal oleh minda separa sedar

“Jangan tonton filem seram dan jangan sertai sebarang aktiviti yang boleh buat anda terkejut. Sibukkan diri dan fokus pada perkara lain “ nasihat Doktor itu lagi.

Video Diana itu setakat ini telah menerima hampir 500,000 tontonan, dan rata-rata pengikutnya berharap dan berdoa semoga isteri kepada Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil  itu segera sembuh termasuklah rakan-rakan selebriti yang lain.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

35 mins ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

3 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

5 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago