Guna Kad Debit & Kredit Untuk Bayar Tol Di Lebuhraya PLUS Mulai Hujung Tahun Ini

Kekurangan lorong tambah nilai ini telah mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas. Bukan itu sahaja, pengguna lebuh raya juga akan merasa leceh untuk singgah ke stesen petrol semata-mata hanya untuk menambah nilai kad TnG. Bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan menerusi sistem PLUS RFID yang membolehkan akaun kad kredit, debit dan
e-dompet dipaut terus untuk proses pembayaran tol

Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata PLUS kini dalam proses menaik taraf infrastruktur membabitkan plaza tol di lebuh raya kendalian bertujuan menawarkan lebih banyak pilihan mod pembayaran buat pengguna. Pengguna boleh membuat pembayaran terbuka itu dengan menghubungkan kad kredit, kad debit atau mana-mana e-dompet ke RFID PLUS, sesudah proses naik taraf tersebut selesai akhir tahun ini.

Dengan itu, pengguna PLUS tidak lagi perlu bersusah payah ke kiosk atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TnG selain tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi.

“Salah satu daripada punca utama kesesakan di plaza tol sebenarnya berpunca daripada kaedah pembayaran di plaza tol itu sendiri sama ada pembayaran menerusi kad TnG atau SmartTAG yang disebabkan oleh masalah baki kurang yang menyebabkan palang tol tidak akan terangkat,” katanya

“Justeru, melangkah ke hadapan, kami sedang pada peringkat untuk mewujudkan lebih banyak pilihan pembayaran dengan menjadikan kad debit dan kredit sebagai antara mod pembayaran dengan harapan dapat mengatasi masalah kesesakan di lorong tol,” tambahnya lagi.

Selain dari itu, PLUS kini juga sedang menaik taraf 1,400 video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di semua lebuh raya kepada kamera jenis definisi tinggi ultra (UHD). Pihak PLUS akan menggunakan visual dari kamera untuk menunjukkan keadaan trafik terkini kepada pengguna dengan lebih jelas. Visual ini juga boleh diakses pengguna menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mereka melakukan perancangan sebelum melakukan perjalanan.

“Sebaik perisian analitik video ini dibangunkan sepenuhnya dan dipasang di semua CCTV di lebuh raya kami, syarikat akan memasangnya di semua 24 kawasan rehat dan rawat pula,” katanya.

Sumber: SAYS

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

7 mins ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

11 mins ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

1 hour ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

2 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago