Tidak Perlu Ke Afrika, Kerana 1 Dari 30 Raja Cheetah Di Dunia Ada Di Malaysia!

Kalau anda masih ingat Februari tahun lalu (Feb 2018) Zoo Negara dilaporkan telah membawa masuk sepasang Cheetah, Tyson dan  Tianna yang dibawa khas dari Afrika Selatan untuk di jaga dan dipamerkan di pusat itu.

Kehadiran pasangan Cheetah ini sebenarnya adalah hasil dari proram pertukaran haiwan diantara Zoo Negara dan sebuah pusat pemeliharaan haiwan di Afrika. Satu keputusan yang dianggap mampu menarik pengunjung ke Zoo Negara selepas hampir 20 tahun Zoo nasional yang pertama itu sepi tanpa kehadiran Cheetah.

Namun tanpa mereka sedari sebenarnya Cheetah Betina,Tianna sewaktu di bawa kesini sebenarnya sedang bunting  hasil dari ‘perkahwinannya’ sewaktu masih di Afrika.

Beberapa bulan kemudiannya Tianna melahirkan 4 baby cheetah di Zoo Negara, namun hanya satu yang bertahan dan membesar bagai johan, di beri nama Bolt diambil sempena nama Usain Bolt, manusia terlaju di dunia.

Perasaan semua orang semasa kelahiran Bolt, Cheetah pertama di lahirkan di Zoo Negara

Oklah Kan ? Cheetah Afrika adalah binatang yang terlaju didunia  dengan Top Speed larian 100km/jam so kenalah dengan nama tu.

Apa yang lagi menariknya, Bolt, Cheetah pertama yang dilahirkan di Zoo Negara sebenarnya bukan sebarangan Cheetah. Malah penjaga-penjaga Zoo pada awalnya juga tidak menyedari keunikan haiwan ini. Dia sebenarnya adalah antara binatang yang  paling rare yang di dunia, di panggil King Cheetah!

Foto : Miami Herald

Untuk pengetahuan korang, dalam dunia ni hanya ada 30 King Cheetah, dan Bolt adalah salah satu daripadanya!

Wow kedengaran menarik kan, dahlah tak perlu terbang ke Safari,Afrika untuk tengok Cheetah, dapat pula tengok spesisnya yang paling unik! Kat KL plak tu !

Boleh dilihat fizikal Bolt yang agak berbeza dari cheetah- biasa kan? Dengan bulu di belakang badannya malah bintik-bintik hitamnya agak panjang dan tidak bulat seperti corak kebiasaan Cheetah.

Serius lain dari yang lain permukaan kulitnya! Malah pernah ada pendapat u yang menyatakan yang King Cheetah adalah bukan spesis Cheetah,tapi akhirnya pendapat itu ditolak.

Foto : NST

Logiklah , rupa bentuk dia agak berbeza! Lagi-lagi hanya tinggal 30 ekor, mestilah susah nak jumpa kan? Malah kali terakhir Raja Cheetah dilihat berkeliaran bebas adalah pada tahun 1986 di Kruger National Park.

Foto : Quora

So , korang yang nak melawat Bolt, Raja Cheetah yang rare ni boleh lah ke Zoo Negara okay ? Boleh lawat mak nya Tianna, Pak Tirinya Tyson dan dua adik beradik dia sekali Flash dan Dash .Penulis sendiri dah pasang cita-cita nak bawak anak tengok ni! Haha

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago