
Tidak Perlu Ke Afrika, Kerana 1 Dari 30 Raja Cheetah Di Dunia Ada Di Malaysia!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kalau anda masih ingat Februari tahun lalu (Feb 2018) Zoo Negara dilaporkan telah membawa masuk sepasang Cheetah, Tyson dan Tianna yang dibawa khas dari Afrika Selatan untuk di jaga dan dipamerkan di pusat itu.
Kehadiran pasangan Cheetah ini sebenarnya adalah hasil dari proram pertukaran haiwan diantara Zoo Negara dan sebuah pusat pemeliharaan haiwan di Afrika. Satu keputusan yang dianggap mampu menarik pengunjung ke Zoo Negara selepas hampir 20 tahun Zoo nasional yang pertama itu sepi tanpa kehadiran Cheetah.
Namun tanpa mereka sedari sebenarnya Cheetah Betina,Tianna sewaktu di bawa kesini sebenarnya sedang bunting hasil dari ‘perkahwinannya’ sewaktu masih di Afrika.
Beberapa bulan kemudiannya Tianna melahirkan 4 baby cheetah di Zoo Negara, namun hanya satu yang bertahan dan membesar bagai johan, di beri nama Bolt diambil sempena nama Usain Bolt, manusia terlaju di dunia.

Oklah Kan ? Cheetah Afrika adalah binatang yang terlaju didunia dengan Top Speed larian 100km/jam so kenalah dengan nama tu.
Apa yang lagi menariknya, Bolt, Cheetah pertama yang dilahirkan di Zoo Negara sebenarnya bukan sebarangan Cheetah. Malah penjaga-penjaga Zoo pada awalnya juga tidak menyedari keunikan haiwan ini. Dia sebenarnya adalah antara binatang yang paling rare yang di dunia, di panggil King Cheetah!

Untuk pengetahuan korang, dalam dunia ni hanya ada 30 King Cheetah, dan Bolt adalah salah satu daripadanya!
Wow kedengaran menarik kan, dahlah tak perlu terbang ke Safari,Afrika untuk tengok Cheetah, dapat pula tengok spesisnya yang paling unik! Kat KL plak tu !
Boleh dilihat fizikal Bolt yang agak berbeza dari cheetah- biasa kan? Dengan bulu di belakang badannya malah bintik-bintik hitamnya agak panjang dan tidak bulat seperti corak kebiasaan Cheetah.
Serius lain dari yang lain permukaan kulitnya! Malah pernah ada pendapat u yang menyatakan yang King Cheetah adalah bukan spesis Cheetah,tapi akhirnya pendapat itu ditolak.

Logiklah , rupa bentuk dia agak berbeza! Lagi-lagi hanya tinggal 30 ekor, mestilah susah nak jumpa kan? Malah kali terakhir Raja Cheetah dilihat berkeliaran bebas adalah pada tahun 1986 di Kruger National Park.

So , korang yang nak melawat Bolt, Raja Cheetah yang rare ni boleh lah ke Zoo Negara okay ? Boleh lawat mak nya Tianna, Pak Tirinya Tyson dan dua adik beradik dia sekali Flash dan Dash .Penulis sendiri dah pasang cita-cita nak bawak anak tengok ni! Haha