“Saya hijrah bukan jadi ustaz tau. Cuma hijrah menjadi lelaki dan perbetul kesalahan diri” – Safiey Illias

Baru-baru ini, Safiey Illias telah menjalani pembedahan membuang payudara palsu atau implan silikon. Usahawan kosmetik itu berkata, dia mahu menjadi dirinya sendiri dan selesa dengan penampilannya kini.

Katanya lagi, dia tetap manusia biasa yang berdosa namun dia berjanji akan memakai pakaian lelaki walau kemana sahaja dia pergi.

Malah menurut Safiey, dia meminta agar mereka diluar sana tidak berharap terlalu tinggi terhadapnya kerana dia masih mencari hidayah Allah.

“Saya tetap lelaki biasa yang ada dosa dan hina. Saya tak maksum. Tapi saya janji masih pakai pakaian lelaki ke mana saya pergi.

“Saya hijrah bukan jadi ustaz tau. Cuma hijrah menjadi lelaki dan perbetul kesalahan diri. Janganlah berharap yang tinggi sangat sebab saya pun masih mncari hidayah. Andai saya ada berbuat salah saya minta maaf.

“Sama-sama kita jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini. Maaflah kalau nampak saya pakai ‘handbag’, tapi saya sudah mula masuk tandas lelaki. Bagi saya ruang ya. Jangan cepat jatuh hukum sebab saya insan yang memang hina,” tulisnya di Instagram miliknya.

Sumber: Sinar Harian

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

5 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago